Sabtu, Februari 11, 2017

Sedar atau tidak, tindakan Husam menuduh PAS menerima habuan sebanyak RM 90juta dan mengaitkannya dengan UMNO hanya sekadar satu tindakan untuk melarikan diri dari berdebat.

Jika sebelum ini, Si Husam tu juga yang nak tunjuk pandai dengan mencabar Exco PAS Kelantan untuk berdebat secara terbuka berhubung isu Bai'ah yang telah dilafaz sebelum PRU yang lalu.
Surat cabaran sudah dikeluarkan. Tapi apabila surat itu dijawab dan cabaran debat itu diterima secara terbuka, mula la Si Husam tu menggelupor tak tentu arah mencari alasan nak elakkan diri.

Antara alasan yang pernah digunakan oleh Si Husam tu ialah dia nak merujuk isu berkaitan dengan Bai'ah itu dengan ulama - ulama sedunia terlebih dahulu sebelum ianya dijadikan bahan debat.

Alasan Husam, perkara itu perlu dilakukan terlebih dahulu bagi mendapatkan fatwa yang berkaitan dengan lafaz sumpah Bai'ah itu dari ulama sedunia, termasuk dari Dr. Yusuf Al-Qadrawi.

Namun ternyata alasan yang diberikan oleh Si Husam itu tidak masuk akal. Dia yang mencabar orang ajak berdebat. Lepas tu, dia pulak cari alasan untuk mengelakkan diri dari cabaran dia sendiri.

Maka kini, tak heran la bila Si Husam tu tampil membuat dakwaan dan cuba mengaitkan UMNO dengan PAS berhubung dakwaan yang pernah didedahkan melalui laman portal fitnah, Sarawak Report.

Apa yang jelas, tindakan Husam membuat tuduhan itu terhadap PAS juga merupakan salah satu helah dia untuk melarikan diri dari menyahut cabaran debat berhubung isu Bai'ah yang telah dibuatnya sendiri!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping