Jumaat, Februari 03, 2017

Ini macam baru layak digelar 'Anak Jantan'. Bukannya Pondan macam Si Guan Eng tu. Dah didakwa dimahkamah kerana terlibat dengan dua kes rasuah pun, masih takde kemaluan nak letak jawatan.

Dah la masa awal - awal dulu Si Tokong DAPigs Pulau Pinang tu tak nak mengaku yang dia terlibat. Lepas tu bila semuanya dah terbongkar, pandai pulak dia nak tuduh ianya 'Konspirasi' nak menjatuhkan dia.

Apa yang jelas, tindakan Si Guan Eng tu bukan sahaja dianggap tidak bermaruah, malah dia juga mempamerkan sikap tidak bertanggungjawab terhadap dakwaan yang telah dibuat terhadap dirinya.

Berbeza dengan Tan Sri Annuar Musa yang menegaskan dia “bukan Lim Guan Eng” dan tidak akan menuding jari atau “marah sesiapa” dalam menghadapi kemelut bersabit penggantungannya sebagai Pengerusi MARA. 

Dalam mempertahankan dirinya terhadap sebarang tuduhan, Ahli Parlimen Ketereh itu berkata dia tidak akan menyalahkan pihak lain atau mengelak siasatan seperti Guan Eng yang menghadapi dua pertuduhan rasuah.
“Walaupun Majlis MARA kata nak jalankan siasatan dalaman, saya khuatir kalau dalaman (saja) akan ada lagi tuduhan (atau) kata (nanti siasatan) tak telus. Saya bukan Guan Eng nak lari dari siasatan. Saya ada pendirian sendiri. Bagi saya elok SPRM atau PDRM (Polis Di-Raja Malaysia) siasat saya.
“Saya tak ada apa-apa nak sembunyikan. Saya bekerja untuk bola Kelantan dan MARA sebagai tanggungjawab. Saya jaga integriti dan amanah” tegas beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekembalinya daripada lawatan rasmi ke New Zealand.
Guan Eng dituduh menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk mendapatkan manfaat tertentu berhubung pembelian sebuah banglo di bawah harga pasaran dan permohonan untuk menukar status sebidang tanah. 

Perbicaraan Tokong DAPigs itu bermula Mac depan namun Guan Eng sering menafikan tuduhan berkenaan dan sebaliknya mendakwa dia menjadi mangsa konspirasi UMNO, tanpa menampilkan sebarang bukti.  

Dalam masa yang sama, Annuar berkata dia tidak akan mengikut jejak yang telah dilakukan oleh Guan Eng itu, sebaliknya akan membela dirinya dengan penuh tanggungjawab dan secara berprinsip. 
“Saya nak jelaskan dari awal pun saya sukarela untuk diadakan siasatan. Jadi tak perlu marah sesiapa. Saya beritahu kawan-kawan kalau ada polemik berterusan mesti ada siasatan. 
“Kita mesti hormati proses undang-undang dalam negara. Saya sebagai pemimpin bertangungjawab kepada rakyat. Kalau saya lakukan kesalahan, tak boleh terkecuali dalam apa jua bentuk. 
“Dalam mana ada tuduhan dibuat, walaupun dalam bentuk posting di media sosial, rakyat hendak tahu. Jadi elok disiasat. Maka saya sukarela untuk dijalankan siasatan tanpa pilih bulu,” tegas beliau.
Selasa lalu, MARA mengambil keputusan menggantung tugas Annuar sebagai Pengerusi MARA dan Pelaburan MARA Bhd (PMB) berkuat kuasa serta merta.

Keputusan itu dibuat dalam satu mesyuarat tergempar bagi membolehkan siasatan dalaman dibuat berhubung tajaan pasukan bola sepak Kelantan dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) oleh dua agensi berkenaan.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Mana puak Pan. Mengapa tak menyalak pasal isu rasuah lge. Makan dedak ke apa..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping