Isnin, Februari 20, 2017

Herankan? Kenapa bila PAS buat perhimpunan menyokong cadangan pindaan Akta Rang Undang - Undang Mahkamah Syariah negeri Kelantan, ramai pulak yang meroyan tak tentu arah?

Padahal, mereka yang mempersoalkan perhimpunan yang dianjurkan oleh PAS itu pernah suatu ketika dahulu memberikan alasan kononnya perhimpunan itu adalah Hak Kebebasan Bersuara.

Itu yang herannya. Andaikata himpunan itu anjuran mereka, mereka kata mereka 'Meraikan' Kebebasan Hak Bersuara dan kepelbagaian pendapat dikalangan rakyat peringkat bawahan.

Malah mereka secara mati - matian sanggup menafikan bahawa himpunan yang mereka anjurkan itu dianggap sebagai satu tindakan yang hanya bermotifkan kepada Politik semata - mata.

Tapi bila orang lain buat, pandai pulak diorang buat dakwaan kononnya himpunan itu hanya merupakan satu tindakan untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi pihak yang tertentu.

Walhal, himpunan yang dianjurkan oleh PAS itu juga sewajarnya dianggap sebagai satu tindakan untuk meraikan kepelbagaian pendapat dikalangan rakyat yang menyokong RUU355 PAS itu.

Maka, sudah pasti Himpunan Ungu yang diadakan Sabtu lalu tidak sewajarnya dianggap sebagai satu tindakan Politik memandangkan ianya hanya sekadar manifestasi terhadap sokongan ahli dan penyokong PAS.

Tambah menghairankan, kenapa masih ramai orang yang benci dengan PAS hanya semata - mata kerana mereka mahu memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah di Negeri Kelantan?

Apa yang membuatkan diorang ni takut sangat sekiranya Rang Undang - Undang itu diluluskan kelak sehingga menyebabkan mereka sanggup membuat dakwaan yang bukan - bukan?

Mungkin jawapan mudahnya, sebab bukan diorang yang mencadangkan pindaan tersebut. Maka sebab itu diorang meroyan tak tentu arah macam orang disampuk setan. Tu pasal la diorang sanggup menjilat ludah sendiri dan menghalang kebebasan hak bersuara orang lain!!!
Categories:

2 ulasan:

  1. kan orang ramai dah bagi ingat jangan berkawan ngan suku sakat Dapigs tu kan dah kena minum holy water yang membuat diorang tak sedar apa yang diorang lakukan, (cam di rasuk iblis pun ada gak ) diorang kata himpunan tu hak kebebasan tapi bila orang lain buat dia cakap macam-macam , ini kes lebih teruk dari mabuk air ketum ni .. ye lah sebab diorang harap sangat agar takde orang nak sokong himpunan RUU 355 ni tapi orang ramai buang kahak kat diorang balik tu yang macam tersampok jadinya kah kah kah

    BalasPadam
  2. Ada yg cemburu sbb Pas dpt kumpul ramai org wlpun brsendirian tanpa dap dn parti ternakannya.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping