Heh! Nampak sangat yang puak - puak PKR ni masih lagi memilih jalan selamat dan tidak mahu mengisytiharkan sokongan mereka terhadap cadangan pindaan RUU 355 yang dibentangkan PAS sebelum ini.
Secara tidak lansung, tindakan PKR itu memberikan gambaran bahawa parti itu masih cuba nak bermain 'Wayang Politik' dengan parti - parti lain demi menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri.
Hakikatnya PKR sedar, sekiranya mereka menyokong cadangan pindaan tersebut, maka sudah pasti mereka akan dipinggirkan oleh DAPigs dan PAN yang menjadi rakan sekutu PKR dalam Pakatan.
Sebaliknya, jika mereka tidak memberikan sokongan, maka sudah pasti tindakan itu akan dianggap sebagai satu Pengkhianatan terhadap PAS yang masih lagi menjadi rakan kongsi PKR di Selangor.
Pokok pangkalnya, PKR kini mula dilihat sebagai sebuah parti yang tidak mempunyai pendirian tetap. Maka sebab itulah pemimpin partiitu sering tampil dengan pelbagai alasan yang bertaraf longkang.
Terbaru, Naib Presiden PKR, Si Tian Chuak mendakwa ketidak-hadiran pemimpin parti itu di Himpunan Ungu yang diadakan semalam tidak sewajarnya dijadikan sebagai bahan Politik.
"Itu perhimpunan PAS, tak ada isu (PKR tak datang). Mengapa Umno tak ada, Gerakan tak ada. Kita sokong usul (itu saja)," katanya ketika ditemui dalam satu Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di kawasan Parlimen Batu hari ini.
IRONIKnya, Pengerusi PPBM yang juga merupakan sebahagian dari kalangan puak Pakatan Haprak tu mendakwa Himpunan yang dianjurkan PAS itu adalah bermotifkan Politik semata - mata.
Jadi, bagaimana pulak Si Tian Chuak boleh mendakwa ketidak-hadiran pemimpin PKR ke himpunan tersebut tidak sewajarnya dijadikan sebagai isu Politik? Nampak sangat la yang puak PKR ni sedang berada dalam keadaan dilema yang tak terkeruan!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.