Ahad, Februari 19, 2017

PKR tidak yakin PAS akan memutuskan tahaluf siasi dengan partinya disebabkan faktor Kerajaan Negeri Selangor.

Naib Presiden PKR, Dr Shaharuddin Badaruddin berkata walaupun PAS telah memberi mandat kepada Muktamar parti pada April ini untuk membuat keputusan, namun parti Islam itu dijangka tidak akan memutuskan hubungan dengan parti Keadilan kerana ia memberi kesan terhadap Kerajaan Negeri Selangor.

“Kemungkinan untuk PAS menarik balik tahaluf siyasi ini mungkin tidak akan berlaku kerana ada beberapa negeri juga akan berlaku kesukaran.

“Contoh macam Selangor, kerana Selangor itu PAS berada dalam kerajaan jadi sudah tentu memutuskan tahaluf itu akan berikan kesan politik dan kesan itu menjurus kepada PAS sendiri,” katanya kepada Antarapos.

Walau bagaimanapun, Shaharuddin berkata jika Muktamar PAS membuat keputusan sebaliknya, yakni memutuskan hubungan politik dengan PKR, namun hubungan politik di antara kedua parti masih boleh diteruskan dengan cara lain.

“Kita tetap positif bahawa hubungan itu dijalinkan dan diteruskan. Dalam politik pilihan raya sejak 2008 dan 2013 PAS berada dalam Pakatan Rakyat tetapi sekarang ini misal kata putusnya hubungan PAS dengan DAP tetapi masih wujud kerajaan itu selama dua tahun ini.

“Walaupun mereka itu tak ada dalam Pakatan tapi berada dalam sebuah kerajaan. Ini boleh terlaksana terutama dalam parlimen demokrasi, apa saja konsep dan cara boleh berlaku,” katanya.
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Takkan nak cerai sekarang immediately. Siapa nak bela pengundi dikawasan PAS menang pru lepas. Nak harapkan Penyelaras DUN? Tengok Pelabuhan Klang sebagai contoh.
    Tunggu lah habis cukup masa.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping