Isnin, Februari 20, 2017

Hakikatnya, memang itu yang ditunggu - tunggu oleh Si Mahfuz Bean tu sebenarnya. Dia memang mengalu - alukan tindakan disiplin diambil ke atas dirinya yang akan ditentukan oleh parti.

Kalau tengok kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Si Mahfuz Bean tu seolah - olah mencabar Presiden PAS agar mengambil tindakan tersebut dengan nada sinis menyindir Hadi Awang.

Dalam kenyataan tersebut, Si Mahfuz Bean mendakwa dia bukannya seorang pemimpin yang mampu untuk menentang sebarang keputusan yang ditentukan oleh seorang 'Ulama Besar' seperti Hadi.
"Saya berjiwa besar. Apa yang ulama besar nak kata kepada saya, saya tidak akan terasa.  Apa yang saya buat (mengkritik dan menegur parti) dalam kerana saya sayangkan parti. Saya tidak mahu rakyat mempunyai tanggapan yang Pas adalah parti yang tidak boleh ditegur," beliau berkata demikian kepada Sinar Online, hari ini.
Sebelum ini, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang tampil mencabar bekas Ketua Penerangan PAS itu agar meninggalkan parti secara terhormat atau berhadapan dengan tindakan disiplin.


Dalam masa yang sama, Si Mahfuz Bean tu juga tegas menyatakan bahawa dia enggan mengambil tindakan drastik dan meninggalkan parti demi untuk menjaga maruah serta imej dirinya sendiri.

Alasan Si Mahfuz Bean, dia akan terus kekal menjadi 'Pengkhianat' kepada parti bagi mengimbangi suara dan prinsip dalam dunia Politik tanah air mewakili ahli diperingkat bawahan.
"Beliau (Abdul Hadi) seorang ulama, beliau bolehlah bercakap tentang maruah. Siapalah saya ini untuk bercakap soal maruah. Saya hanya insan yang kerdil dalam parti. Kalau mereka tidak terima, saya tidak boleh buat apa-apa. Namun saya tidak akan keluar daripada Pas," katanya lagi.
Namun hakikatnya, semua orang tau bahawa selama hari ini, Si Mahfuz Bean tu hanya bercakap atas kapasiti peribadi dan hanya sekadar nak menjaga kepentingan Politik dirinya sendiri.

Pokok pangkalnya, Si Mahfuz Bean tu sedar yang dia tidak mempunyai kekuatan untuk meneruskan perjuangan sekiranya dia bertindak meninggalkan PAS secara sukarela. Kalau dia keluar, bermakna dia hanya akan menjadi 'Sampah' ditepi longkang!!!
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Menegur parti tak salah mahfuz tp bkn kah ada tatacara nya camana nak buat teguran bknnya asal nak tegur kena panggil media mcm ko buat tu..peenah pegang jawatan besar dlm pas kan takkan la prosedur tak tau pl or buat2 tak tau..klu tak tau maknanya ko jd pemimpin pas yg xpandai la kan..cara ko menegur skrg spt ingin memberitahu misuh pas tentang masalah pas..itu saja prob nya..lupa nak tanya himpunan bersih yg blh pegang2 amoi ko join himpunanungu ko pg tak? Himpunan ungu utk daylatkan agama islam xtau la klu ko xsuka juga..

    BalasPadam
  2. Lambatnya Pas nak pecat Mahfuz. Pecatlah...

    BalasPadam
  3. Biarkan dia dalam PAS hingga PRU14 masa pemilihan calun jgn bagi dia wakil pokok sena. Parti lain tak kan bagi dia kawasan untuk bertanding sbb dia bukan ada parti pun kan kann

    BalasPadam
  4. Lulus SRP je...mana ada hotak..cucu xray kepala dia...kosong..sbb hotak xde.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping