Isnin, Februari 20, 2017

Baru - baru ini, bila PAS buat Himpunan Ungu di Padang Merbok, memang ramai yang tak puas hati. Malah ada juga yang tampil mengkritik tindakan PAS itu sambil mendakwa ianya bermotifkan Politik.

Tindakan itu dilakukan oleh Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir yang turut mendakwa PAS hanya sekadar mahu memancing undi dengan mengadakan perhimpunan tersebut baru - baru ini.
Kenyataan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri itu jelas menggambarkan yang parti pimpinannya itu benar - benar tidak ikhlas mahu menjalinkan kerjasama dengan PAS dalam PRU yang akan datang.

Malah, tindakan pemimpin PPBM yang tidak tunjuk muka sewaktu perhimpunan itu diadakan juga turut menimbulkan persoalan dikalangan ahli - ahli serta penyokong PAS sendiri.

Jangan kata nak nampak batang hidung, bayang - bayang Presiden atau Timbalan Presiden parti tu pun tak nampak. Kenapa mereka tidak turut serta dalam Himpunan yang dianjurkan PAS tu?

Walhal sebelum ini, kelibat mereka seringkali dapat dilihat diatas pentas ceramah yang dianjurkan oleh PAS diserata pelusuk Negara. Tapi bila tiba perhimpunan besar, semuanya ghaib belaka.

Bagi sesetengah pihak, tindakan yang dipamerkan oleh pemimpin PPBM itu hanya ibarat seolah - olah mereka mahu bekerjasama demi menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri.
"Sama macam orang pegi memancing, dia tak reti memancing, tapi tumpang kawan yang memang kaki pancing. Dia ikan tak dapat, umpan pun takde. Tapi bila balik, ikan yang kawan dia dapat juga yang dia nak."
Begitu la gambaran yang dapat diberikan mengenai pendirian parti PPBM pimpinan Tun Dr. Mahathir ni dengan PAS. Depan dia ajak berkawan, tapi belakang dia ajak PAS bermusuhan.

Namun persoalannya kini, apa pulak pendirian Presiden PPBM tu terhadap cadangan pindaan RUU 355 yang telah dibentangkan oleh Presiden PAS sebelum ini? Adakah dia menyokongnya?

Atau, adakah Presiden PPBM tu pun nak ikut rentak macam Presiden PKR yang sehingga ke hari ini masih BACUL nak menyatakan pendirian mereka secara terbuka terhadap pindaan yang dikemukakan oleh Presiden PAS tu?

Hakikatnya, PPBM dan PKR sekarang ni semakin terserlah sifat MUNAFIK mereka apabila berkawan dengan PAS. Depan diorang nak sokongan dari parti yang memang mempunyai pengaruh diperingkat akar umbi tu. Tapi dibelakang, PAS jugak yang ditikamnya!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping