Kalau semalam, mak dia diperintahkan oleh pihak mahkamah membayar denda ganti rugi sebanyak RM 70 ribu kerana penerbitan artikel tahun 2010 yang berunsur fitnah terhadap Felda.
Kali ini giliran Si Nurul Izzah ni pulak dikecewakan apabila pihak mahkamah menolak permohonan dia untuk membuat semakan terhadap isu persempadanan semula Pilihan Raya.
Nurul Izzah dan 10 pengundi berdaftar di kawasan Pilihan Raya Lembah Pantai tidak dibenarkan mencabar inkuiri tempatan berhubung persempadanan semula yang dicadangkan bagi kawasan-kawasan parlimen di Kuala Lumpur.
Ini berikutan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan kebenaran bagi permohonan semakan semula kehakiman yang didapatkan oleh Nurul Izzah dan 10 yang lain itu daripada Mahkamah Tinggi pada 3 Januari.
Panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Datuk Umi Kalthum Abdul Majid membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan oleh Peguam Negara (AG) dan berpendapat ada merit dalam rayuan itu.
Hakim Umi Kalthum yang membuat keputusan rayuan bersama Hakim-hakim Tan Sri Idrus Harun dan Datuk Hasnah Mohammed Hashim kemudian mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi yang memberi kebenaran berkenaan kepada Nurul Izzah dan 10 yang lain.
Dengan keputusan ini, Mahkamah Tinggi tidak boleh mendengar merit tentang permohonan semakan kehakiman yang dijadualkan pada 15 Feb.
Terdahulu, Hakim Umi Kalthum menolak bantahan awal dikemukakan Nurul Izzah terhadap rayuan AG. Panel itu kemudian mendengar hujah tentang merit rayuan itu.
Peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar mewakili Nurul Izzah Anwar dan 10 pengundi berdaftar sementara Peguam Kanan Persekutuan Datuk Amarjeet Singh bertindak bagi pihak AG.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.