Selasa, Februari 14, 2017

Rakyat Malaysia secara keseluruhannya diseru agar bersama - sama menjaga keamanan dan keharmonian Negara demi untuk masa depan anak - anak dimasa akan datang.

Berucap sewaktu Majlis Sambutan Tahun Baru Cina peringkat Kebangsaan baru - baru ini, YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob mengingatkan bahawa tidak ada Negara lain yang lebih baik jika dibandingkan dengan Malaysia.

Beliau berharap, agar semua rakyat berbilang bangsa, sama ada di Pahang mahupun di Malaysia memikirkan satu perkara sahaja iaitu keutamaan menjaga keamanan Negara.
"Kita tidak ada lagi lain Negara (atau) lain Negeri untuk kita pergi. Inilah dia bumi untuk kita hidup (dan) untuk kita mati, iaitu Pahang dan Malaysia.
"Walaupun orang katakan, Negeri kita tidak baik , Negeri kita tak berapa cantik, tetapi tak baik Negeri kita masih lagi baik jika dibandingkan dengan Negara - Negara lain," tegas beliau dalam ucapan aluan sempena Sambutan Tahun Baru Cina peringkat Kebangsaan di Dataran Bentong semalam.
Beliau juga turut berharap agar semua bangsa, semua kaum di Malaysia ini memikirkan, inilah tempat yang akan diwariskan kepada anak cucu kita nanti.

Dikirakan hampir sepuluh (10) ribu orang yang terdiri daripada kaum Cina, kaum Melayu, kaum India dan orang Asli hadir untuk sama-sama berkumpul dan mengeratkan persahabatan serta perpaduan diantara satu dengan yang lain.

Disamping itu juga, YAB Menteri Besar Pahang juga turut menyatakan bahawa tidak ada orang lain yang lebih baik untuk menjaga keamanan dan perpaduan Negara melainkan Kerajaan Barisan Nasional.
"Kalau (kita) mahukan keamanan, ketenteraman, kemakmuran, pembangunan Negara, pembangunan ekonomi, dibawah kepimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, maka undilah Barisan.
"Jika mahukan kekacauan, pertelagahan, persengketaan, maka undilah parti yang selain daripada Barisan Nasional," kata beliau lagi. - seterusnya...
Dan kalau kita tengok keadaan puak Pakatan Haprak tu hari pun, mereka setakat mampu membawa perpecahan dan perbalahan sesama mereka sendiri je. Jadi, bagaimana mungkin diorang mampu nak menjaga keamanan Negara sekiranya diorang dapat kuasa!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Saya pula nak seru Tok Nan supaya kerja keras utk rakyat dan majukan Pahang.Pahang tu mundur sangat sedangkan negerinya besar,sumber hasil banyak.Kalau tak kerana Najib yg jadi PM ,rasanya Pahang lagi teruk keadaannya.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping