Khamis, Februari 23, 2017

Tindakan Penasihat Parti Amanah Negara (PAN) Kelantan, Husam Musa yang hadir secara tiba - tiba dalam ceramah yang dianjurkan PAS Isnin lalu disifatkan sengaja mencari publisiti.

Timbalan Menteri Besar, Mohd Amar Nik Abdullah berkata, perkara itu sepatutnya tidak berlaku memandangkan sebelum ini Husam telah diberikan tempoh bagi menjelaskan isu yang dibangkitkan.
“Bagi saya (datang majlis orang) dengan begitu tidak sesuai, dia hadir untuk tujuan apa pun kita tidak tahu. Bagi saya apa yang dilakukan Husam itu adalah bukan cara yang betul.
“Kalau kita tafsir dalam sudut yang negatif dia (Husam) mahu cari publisiti,” katanya kepada media di pejabatnya semalam.
Mohd Amar yang menyelar tindakan Adun Salor itu juga menjelaskan sepatutnya Husam menggunakan peluang diberikan sebelum ini untuk membahaskan segala pandangan beliau tentang isu tersebut dan bukannya ‘menerjah’ ceramah pada malam kelmarin.
“Diibaratkan macam orang jemput untuk hadiri kenduri lah, kita kena pergi pada hari kenduri. Kalau kita pergi hari lain ia akan menimbulkan masalah,” katanya.
Dalam ceramah 'Husam Lari Debat Baiah' yang diadakan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV pada Isnin lalu, suasana kecoh apabila bekas Naib Presiden Pas itu tiba-tiba muncul di majlis anjuran Pemuda Pas Kelantan itu.

Husam yang tiba - tiba muncul pada jam 11 malam itu tanpa segan silu terus naik ke pentas bersama dengan pimpinan PAS setelah dipelawa Yang Dipertua Pas Ketereh, Wan Ismail Wan Jusoh.

Keadaan kecoh seketika apabila ada di antara hadirin dalam ceramah itu mencabar Husam untuk berdebat dan penyokong kedua-dua parti mula saling mengeluarkan kata-kata cemuhan.

Sebelum ini, Husam didakwa telah menghantar surat cabaran untuk berdebat dengan salah seorang pemimpin PAS Kelantan berhubung isu lafaz Bai'ah yang dilakukan mereka sebelum PRU yang lalu.

Namun, Husam kemudiannya mula mencari pelbagai alasan untuk mengelakkan diri apabila cabaran yang dikemukakan itu disahut oleh pemimpin PAS tersebut dan sehingga ke hari ini, Husam masih GAGAL untuk menentukan tarikh bagi majlis debat tersebut!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Sejak dulu lgi suka cari publisiti. Projek nampak gah tpi habis lingkup.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping