Pemuda PAS Kelantan tampil membuat cabaran terhadap Penasihat PAN Kelantan, Husam Musa agar menamakan individu yang telah menerima dana sebanyak RM90 juta daripada UMNO.
Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari dalam satu kenyataan berkata, sekiranya Husam dipihak yang benar beliau perlu mengemukakan bukti berhubung tuduhan tersebut.
"Saya cabar beliau menamakan individu yang telah menerima dana tersebut dan tidak hanya membuat tomahan liar seperti ini.
"Sebagai pemegang jawatan di dalam Pas saya menegaskan tuduhan tersebut tidak benar dan bertujuan untuk merosakkan nama baik parti ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis berhubung tuduhan Husam dalam Ceramah Umum Pakatan Harapan dan PPBM di Pasir Puteh pada 6 Februari lalu.
Lebih 30 orang pemimpin dan juga penyokong PAS hadir membuat laporan Polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas, Kelantan terhadap dakwaan yang dinyatakan oleh Husam di sini hari ini.
Apa yang jelas, tindakan Husam membangkitkan isu berkaitan dengan dana sebanyak RM 90 juta itu hanya sekadar helah dia untuk mengelakkan diri dari menyahut cabaran yang telah dibuat sebelum ini.
ADUN Salor itu sebelum ini pernah mencabar PAS untuk berdebat mengenai isu lafaz sumpah Bai'ah yang dibuat oleh pemimpin parti itu sebelum Pilihan Raya Umum yang lepas, termasuk dirinya sendiri.
Namun, selepas cabaran yang dibuat itu disahut oleh pemimpin PAS, Husam dilihat mula mencari pelbagai alasan untuk mengelakkan diri agar sesi debat itu tidak diadakan secara terbuka.
Maka tidak mustahil sekiranya Husam menjadikan isu berkaitan dengan dana sebanyak RM 90 juta yang didakwa diterima PAS dari UMNO itu juga merupakan sebahagian dari helah dia nak melarikan diri.
Pokok pangkalnya, Husam kini sudah ketandusan idea untuk menyerang PAS sehingga sanggup mengitar semula dakwaan yang disebarkan melalui laman portal Sarawak Report demi untuk memburukkan PAS dan menyebarkan dakwaan kononnya parti itu ada hubungan sulit dengan UMNO!!!
Husam sdg meroyan...cakap macam meracau.
BalasPadam