Rabu, Februari 15, 2017

Inilah balasannya bila suka sangat selak kain orang lain sampai tak sedar yang kain dia sendiri dah terlondeh. Sekarang dah tak pasal - pasal je diorang hilang kemaluan dihadapan khalayak ramai.

Kiranya, itu la perumpamaan yang paling sesuai untuk digambarkan keadaan DAPigs pada ketika ini apabila ada dikalangan pemimpin parti itu yang mengambil tindakan keluar dari parti tersebut.

Maka sebab itu DAPigs disaran supaya lebih banyak menjaga hal - ehwal dalaman parti berkenaan daripada terus nak sibuk memburukkan parti lain termasuk Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata sikap DAP yang gemar memburukkan BN dan Umno akhirnya memakan diri apabila parti itu mula berpecah belah dengan ahlinya meninggalkan mereka.
"Sebab itu jangan tuduh dan bawa politik yang tidak membina dalam menghantui pemikiran rakyat terhadap BN dan Umno. DAP asyik hendak tuding jari kepada rumah kita tetapi rumah tangga mereka sendiri pun tidak terjaga dan terkawal," katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian hak milik FELCRA Sungai Jebong, Mukim Kahang kepada 333 pemohon di Rumah Komuniti Parlimen Sembrong, dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan dan Ahli Parlimen Sembrong mengulas tindakan empat bekas pemimpin DAP Melaka yang mengumumkan keputusan keluar parti, sekali gus mengakibatkan parti berkenaan dilanda krisis.

Mereka adalah Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him dan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu Goh Leong San (Duyong); Lim Jak Wong (Bachang) serta Chin Choong Seong (Kesidang). Sementara itu, Mohamed Khaled mengalu-alukan peletakan jawatan ahli DAP terbabit dan berharap lebih ramai lagi anggota parti berkenaan mengikuti jejak langkah berkenaan.

Hishamuddin yang juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor percaya tindakan empat wakil rakyat berkenaan kerana mereka memahami realiti sebenar DAPigs ketika ini.
"Saya percaya mereka sudah faham dan dapat lihat DAP sudah berubah. Apa yang berlaku, parti itu dan parti bunga (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) hanya mahu mempergunakan antara satu sama lain untuk satu tujuan iaitu menjatuhkan BN.
"Ini bermakna, suatu hari nanti mereka akan berpisah balik, ia tidak lebih seperti perkahwinan yang tidak kekal untuk satu matlamat dan ahli DAP mula memahami hakikat itu," katanya.
Apa yang pasti, tindakan pemimpin DAPigs itu membuktikan bahawa DAPigs hanya merupakan sebuah parti yang sering berubah - ubah dasar perjuangannya demi untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi pemimpin atasa mereka sahaja!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping