Isnin, Februari 27, 2017

Sejak kebelakangan ini, saban hari kita dihidangkan dengan berita - berita mengenai isu Politik. Tapi, apa yang lebih menyedihkan ialah apabila ada pemimpin - pemimpin parti Politik ni yang dilihat cuba nak jadi 'Mursyid'.

Namun dalam masa yang sama, mereka sering kali tampil mempamerkan sifat Pengkhianat terhadap parti mereka secara terbuka melalui pendirian yang jelas bertentangan dengan kehendak parti.

Anehnya, pemimpin seperti ini bukan sahaja tidak sedar diri. Tetapi mereka juga masih mempunyai pengikut dalam jumlah yang cukup ramai walaupun hakikatnya mereka ini semuanya Pengkhianat belaka.

Walaubagaimana pun, apabila soalan diajukan kepada mereka mengenai tindakan yang mereka lakukan itu hanya sekadar memalukan parti, pandai pulak pemimpin - pemimpin ini memberikan alasan.

Diantara yang seringkali menjadi alasan mereka ialah, pendirian mereka itu mewakili suara ahli diperingkat akar umbi. Mereka kata, mereka bersuara kerana mereka masih sayangkan parti.

Walhal, alasan yang mereka berikan itu jelas hanya sekadar satu justifikasi terhadap Pengkkhianatan yang telah mereka lakukan secara terbuka. Mungkin mereka ni malu nak mengaku yang mereka ni Pengkhianat.

Tidak seperti sesetengah pihak yang berani mengambil tindakan untuk keluar dari parti ekoran rasa tidak puas hati mereka terhadap kepimpinan parti yang sudah jauh meninggalkan dasar perjuangan.

Setidak - tidaknya, pemimpin yang mengambil tindakan sedemikian masih lagi mempunyai maruah serta mahu menjaga Integriti diri mereka sendiri walaupun mereka menjadi 'Pemakan Dedak' kepada parti lain.

Namun, Pengkhianat yang berani tunjuk muka tapi malu nak mengaku dirinya sebagai Pengkhianat ni masih boleh dianggap 'Suci' jika nak dibandingkan dengan Pengkhianat yang suka memeras ugut.

Orang seperti ini lagi bahaya jika nak dibandingkan dengan Pengkhianat yang hanya sekadar berani menyatakan pendirian yang berbeza dengan kehendak pimpinan partinya sendiri.

Orang macam ni suka ambik kesempatan terhadap kelemahan partinya. Maka sebab itu mereka sering kali muncul apabila parti mengalami masalah dalaman demi untuk meraih keuntungan Peribadi.

Pokok pangkalnya, pemimpin - pemimpin seperti ini wajar dihapuskan terus daripada terus membiarkan mereka menjadi Parasit yang akhirnya akan memusnahkan institusi itu sendiri. Ada diorang ni pun tak memberi sebarang manfaat. Takde diorang ni lagi bagus!!!
Categories:

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping