PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan membentuk sebuah jawatankuasa teknikal bagi mengambil tindakan susulan atas semua keputusan yang dipersetujui oleh kedua-dua parti dalam usaha untuk memeterai kerjasama antara kedua-dua parti.
Dalam kenyataan bersama yang memetik nama timbalan presiden kedua-dua parti, kata mereka, kerjasama tersebut dicapai selepas PAS dan PPBM mengadakan mesyuarat jawatankuasa induk di sini hari ini bagi memperhalusi draf rangka kerjasama persefahaman politik dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
“Beberapa ketetapan positif telah diambil dalam usaha untuk memeterai kerjasama antara PAS dan PPBM.
“Rangka kerjasama antara kedua-dua parti ini akan diperhalusi oleh pimpinan tertinggi PAS dan PPBM untuk ditandatangani oleh Presiden masing-masing pada satu tarikh terdekat,” kata kenyataan yang sama.
Sementara itu, Dewan Ulama PAS menegaskan, syarat kerjasama antara PAS dengan PPBM hanya terlaksana apabila parti yang dipengerusikan Tun Dr. Mahathir Mohamad itu sanggup melupakan hubungan dengan DAP dan PAN.
Ketika dihubungi Utusan Malaysia, tegas Ketuanya, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed, PAS tidak kisah menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti seperti PKR dan PPBM tetapi tidak sesekali berganding bahu di atas pentas politik yang sama dengan DAP dan PAN.
“Jika parti itu mempunyai hubungan dengan DAP dan PAN, maka kita tidak akan bersama dengan mereka walau dengan apa alasan atau sebab sekali pun,” katanya.
Soalnya, sebelum ini, PPBM sudah pun menandatangani perjanjian dengan Pakatan yang juga turut disertai oleh DAPigs, PAN dan PKR. Maka itu sahaja sudah menunjukkan yang mereka ada hubungan dengan DAPigs dan PAN.
Jadi, apa pulak alasan PAS berkaitan dengan perkara tersebut? Adakah PAS akan memutuskan hubungan dengan PPBM berdasarkan kepada perjanjian yang telah dibuat? ATAU, adakah PAS hanya sekadar pandai bercakap je, tapi tak berani nak buat keputusan!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.