Jumaat, Februari 24, 2017

Nampak gayanya, isu penyelewengan yang berlaku dalam pentadbiran Rejim Pakatan Selangor terus menghantui Pakatan Haprak tu apabila Si Menteri Besar Selangor tu terus mendiamkan diri.

Bagi sesetengah pihak, Si Menteri Besar Selangor tu tidak boleh sekadar berdiam diri dan memeluk tubuh sahaja atas dakwaan salah guna kuasa membabitkan dana SMUE kerana ianya melibatkan jumlah Dana Rakyat yang besar.

Bagi mereka, Azmin perlu menjawab tiga soalan utama yang berkaitan dengan dana SMUE dan Wang Khairat Kematian Negeri Selangor kerana rakyat perlu tahu mengenai kebenarannya.

Dokumen yang didedahkan sebelum ini mengundang kepada tiga persoalan yang perlu dijawab oleh Azmin iaitu menjelaskan sama ada ianya benar atau tidak wang RM10 juta diseleweng. 

Jumlah keseluruhan dana tersebut melibatkan dana warga emas, SMUE dan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) dimasukkan ke dalam akaun sembilan orang Ahli Parlimen Pakatan.

Azmin juga perlu menjawab dan menerangkan dari mana sumber RM10 juta ini diperolehi dan ketiga, ke mana perginya wang RM10 juta yang dimasuk dalam akaun sembilan orang ahli parlimen itu digunakan.

Persoalan yang dibangkitkan, apakah benar dana tersebut diguna untuk tujuan membantu kebajikan warga emas dan diberikan sebagai khairat kematian rakyat di Negeri Selangor atau sebaliknya?

Lebih dari itu, laporan ketua audit negara pada 2011 merumuskan program di bawah Yawas ini sangat meragukan dan tiada dokumen lengkap berkaitan perkara ini dilaporkan kepada mereka.

Ini bermakna, biarpun ditegur oleh laporan Ketua Audit Negara, YAWAS terus beroperasi tanpa sebarang SOP dan tidak memiliki dokumen yang lengkap berkaitan dengannya sehingga ke tahun ini.

Apa yang jelas, penyelewengan ini adalah satu perkara serius dan perlukan penjelasan yang lanjut daripada Rejim Pakatan pimpinan Azmin Ali di Selangor kerana rakyat negeri itu ternyata sudah terpedaya dengan mimpi indah SMUE dan YAWAS!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping