Rabu, Februari 15, 2017

Heh! Nampak gayanya, makin senak la buah kerandut Si Guan Eng ni dibuatnya. Ianya sekaligus membuktikan bahawa parti pimpinan Dinasti Lim ni memang tak boleh dipercayai.

Dengar katanya, dua lagi pemimpin kanan DAPigs dijangka bertindak keluar parti dalam masa terdekat, tidak sampai 48 jam selepas empat pemimpin DAPigs Melaka berbuat demikian.
"Seorang dari Selangor dan seorang lagi dari Johor. Kedua-duanya pemimpin kanan. Bila? Dalam masa terdekat. Cakap-cakap mahu keluar parti ini sudah lama kedengaran. Ini permulaan kejatuhan DAP.
"Saya percaya bilangan akan bertambah. Orang sudah mula membuka mata. Mereka sangat marah dengan perubahan hala tuju yang mendadak selepas bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dulunya musuh ketat.
"Bayangkan, semasa pentadbiran Mahathir, ramai anggota DAP ditahan di Pusat Tahanan Kamunting di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri dan tiba-tiba anda bentuk kerjasama dengannya. Mereka tidak boleh terima perkara ini," katanya kepada Bernama semalam.
Empat pemimpin DAP Melaka termasuk tiga anggota dewan undangan negeri iaitu Lim Jak Wong (Bachang), Chin Choon Seong  (Kesidang) dan Goh Leong San (Duyong), serta Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him bersama-sama mengumumkan keluar parti pada Ahad.

Mereka mendakwa telah hilang keyakinan terhadap parti selain kecewa dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkenaan hubungan rapat parti dengan Dr Mahathir.

Tunku Abdul Aziz berkata, tindakan keluar DAP itu dilihat sebagai virus yang akan berkembang dan menjadi penyakit yang pada akhirnya akan menjejaskan kekepimpinan parti, pakatan pembangkang seta persediaan mereka menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Dalaman DAP sangat lemah sekarang. Kepimpinan parti atau kononnya 'Dinasti Lim' akan jatuh. Tindakan keluar parti di Melaka hanya permulaan, sesuatu mencetuskannya. DAP kini goyah.
"Inilah sebabnya anda tidak harus sentiasa menyalahkan orang lain dan patut terima kesalahan sendiri. Rakyat, anggota, penyokong tidak gembira. Anda tidak pernah peduli dan dengar akan mereka walaupun anda dakwa 'ada ruang untuk semua pandangan', yang jelas sekali sekadar retorik. Tiba masanya untuk anda terima hukuman," katanya.
Perkara sama turut dibayangkan bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Zulkifli Mohd Noor bahawa DAP kini di ambang kehancuran dengan lebih ramai lagi anggota dan pemimpin dijangka meninggalkan parti itu tidak lama lagi.

Beliau berkata, ini kerana kumpulan yang diibarat api dalam sekam itu sudah lama bersabar dengan kepimpinan tertinggi parti yang dilihat tidak lagi relevan dalam perjuangan termasuk membuat pelbagai keputusan demi kepentingan peribadi dan bukannya agenda parti seperti diperjuangkan selama ini.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping