Rabu, Februari 15, 2017

PKR yang selama ini masih menaruh harapan terhadap PAS yang bermusuhan dengan sekutunya dalam Pakatan Harapan (PH) kini dilihat semakin menjarakkan diri daripada parti Islam itu.

Beberapa pemimpin kanan PKR memberi bayangan yang parti itu lebih mengutamakan kerjasama dengan DAPigs dan PAN, di samping PPBM yang menjalinkan hubungan bersama Pakatan.
“Dari segi perjanjian PKR, kita konsisten untuk bekerjasama dengan Amanah, DAP dan PPBM. Jadi, sama ada PAS ingin bekerjasama atau kaji semula itu terserah kepada mereka (PAS),” kata Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh kepada FMT.
Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan yang dibuat pada hari Ahad berkata PAS akan menilai semula hubungan kerjasama mereka dengan PKR pada muktamarnya April ini.

Presiden PAS itu sekali lagi menegaskan tidak bekerjasama dengan DAPigs dan PAN yang tidak menyokong RUU 355 bagi meningkatkan kuasa mahkamah syariah menjatuhkan hukuman lebih berat.

Gesaan yang dibuat oleh Hadi Awang itu timbul ketika PAS dan PPBM masih lagi mengadakan perbincangan di luar kerangka Pakatan dan masih belum menghasilkan sebarang kerjasama yang jelas.

Ia juga dilihat berlawanan dengan keputusan mesyuarat PAS-PPBM yang diwakili Timbalan Presiden PAS, dan rakan sejawatnya dari PPBM yang mengumumkan kewujudan jawatankuasa teknikal bagi mengkaji kerjasama secara rasmi.

Walau bagaimanapun pimpinan PAS tidak sehaluan, dengan Pengerusi PPBM Tun Mahathir beberapa kali mengulangi kritikan terhadap PAS dan mendakwa parti itu semakin mesra dengan UMNO.

Situasi itu menyebabkan hasrat gabungan Pakatan pembangkang itu untuk melawan Barisan Nasional dalam pertandingan "Satu Lawan Satu" pada pilihan raya umum akan datang, dianggap sesuatu yang tidak akan tercapai!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping