Rabu, Februari 22, 2017

Jika sebelum ini, andaikata ada mana - mana pihak yang menyokong sebarang dasar atau pendirian Kerajaan mengenai apa - apa isu sekali pun, mereka akan didakwa sebagai 'Pemakan Dedak'.

Jadi, bagaimana pulak dengan tindakan yang dilakukan oleh DAPigs dan PKR yang menyokong pendirian Kerajaan Malaysia menyiasat kes pembunuhan Kim Jong Nam bagi mengenal pasti punca kematian abang sebapa kepada pemimpin Korea Utara itu?

Adakah mereka juga turut menjadi 'Pemakan Dedak' hanya semata - mata kerana menyatakan persetujuan secara terbuka dengan tindakan yang diambil oleh pihak Kerajaan Malaysia itu?

Hari ini, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, walaupun berdepan tekanan dari Korea Utara, Malaysia seharusnya diberikan ruang secukupnya untuk menjalankan siasatan.
“Sebagai negara yang mempunyai kedaulatan dan sistem undang-undang tersendiri, Malaysia wajar diberikan ruang menjalankan siasatan tanpa tekanan atau tunduk kepada mana-mana pihak.
“Saya yakin polis khususnya mempunyai kewibawaan dalam menjalankan siasatan dan seterusnya membantu pihak kerajaan menyelesaikan kemelut ini,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Semalam, Duta Korea Utara di Malaysia, Kang Chol terus memberi tekanan kepada Malaysia dengan menuduh Putrajaya bersekongkol dengan Korea Selatan atas kematian Jong Nam dan tidak percaya keputusan bedah siasat yang dijalankan Malaysia.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAPigs Pusat, Dr Tan Seng Giaw berkata, Malaysia tidak seharusnya mengalah sehingga mengetahui punca kematian Jong Nam.

Malah katanya, Malaysia sepatutnya menggunakan apa sahaja cara untuk mengenal pasti punca kematian Jong Nam, walaupun dikecam Pyongyang.
“Cari punca kematian kerana dia meninggal di tanah air kita. Itu kita tidak boleh elak, kalau tidak berbuat demikian kita bukan negara berdaulat,” katanya.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dilaporkan berkata, tuduhan Kang bersandarkan khayalan dan pembohongan serta sebarang dakwaan yang siasatan itu bermotifkan politik adalah “penghinaan besar kepada Malaysia”.

Pada pagi 13 Februari lalu, Jong Nam dilaporkan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) untuk menaiki pesawat ke Macau, sebelum didatangi 2 wanita yang menekup mukanya dengan kain dan menyembur cecair beracun.
Categories: , ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping