Khamis, Februari 23, 2017

Nampak gayanya, PKR tiba - tiba menjadi seperti orang bisu yang hilang suara biarpun selama hari ini diorang sibuk dok selak kain orang dan mendedahkan mengenai isu penyelewengan yang berlaku.

Namun, apabila penyelewengan yang berleluasa berlaku dalam pentadbiran Rejim Pakatan Selangor pimpinan PKR dibangkitkan, masing - masing mula terdiam dan bertindak menutup mulut.

Ramai pemimpin dikalangan PKR tu 'TAKUT' nak berdepan dengan pihak media bagi enggan mengulas lanjut isu berhubung aduan yang dibuat kepada SPRM bersabit kekayaan ‘luar biasa’ Pegawai Khas kepada Azmin Ali.
Antara yang dilihat 'Takut' nak memberikan sebarang ulasan ialah Ketua Wanita PKR, Si Zuraidah Mak Lampir yang memberikan alasan kononnya laporan itu pernah dibuat sebelum ini.

Malah Si Mak Lampir itu juga turut memberikan alasan kononnya bekas pemimpin kanan PKR, Badrul Hisham Shaharin yang membangkitkan isu itu sebagai seorang yang 'Tidak Betul'.
“Chegubard punya cerita merepek yang awak nak tanya, malas aku nak layan,” katanya ringkas, ketika diaju soalan berkenaan isu tersebut.
Semalam, Si Chagubard tu menyambut baik tindakan Gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Selangor menggesa SPRM agar segera menyiasat kekayaan luar biasa yang dimiliki Pegawai Khas Azmin.

Menurut Chegubard, Anak Buah kesayangan Si Menteri Besar Selangor tu mempunyai kekayaan yang sangat luar biasa meskipun baru dua tahun menjadi Pegawai Khas kepada Azmin Ali.

Chagubard turut mendedahkan Pegawai Khas MB Selangor itu juga mempunyai beberapa buah kenderaan mewah yang berjenama seperti Audi dan Alphard selain memiliki sebuah Toyota Altis baru.

Malah, Pegawai Khas Azmin itu juga dikatakan turut memiliki sebuah rumah link dua tingkat yang dianggarkan berharga hampir RM850,000, di Seksyen 7, Shah Alam pada Julai 2015.

Namun persoalannya, kenapa pemimpin dikalangan PKR sendiri TAKUT nak memberikan ulasan mengenai hasil kekayaan yang dimiliki oleh Anak Buah Kesayangan Si Menteri Besar Selangor ni?

Kuat sangat ke pengaruh Azmin dalam PKR sehingga membuatkan pemimpin parti itu terpaksa menutup mulut dan membutakan mata mereka dari melihat penyelewengan yang berlaku?

Jika itu hakikatnya, maka terbuktilah bahawa PKR tu tidak la se-SUCI dan se-MAKSUM seperti mana yang didakwa selama hari ini. Tinggal lagi, diorang pandai mengata orang. Tapi bila kena batang hidung sendiri, pandai pulak diorang jadi MUNAFIK!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping