PAS sekali lagi tampil menyatakan bahawa mereka tidak akan menyertai Pakatan yang dianggap seumpama memikul “Biawak Lebih Besar” jika mahu dibandingkan dengan Barisan Nasional (BN).
Presiden PAS, Hadi Awang juga turut menegaskan bahawa parti pimpinannya itu juga tidak akan bersama dengan BN kerana terdapat halangan untuk melaksanakan dasar dan matlamat parti.
“PAS tidak bersama PH kerana bercanggah dengan dasar dan konsepnya. Di dalamnya ada parti dan pemimpin yang berterusan menentang Islam. PAS tidak boleh menyertai BN kerana pernah menyertainya. Terkini, memerintah negara dengan bebanan masalah dan penyakitnya.
“Menyertai BN laksana memikul biawak hidup, walaupun sebahagian kalangan mereka yang mencipta masalah dalam BN sudah keluar dan menyertai PH. Bahkan menyertai PH, biawaknya lebih besar dan penyakitnya lebih parah,” katanya dalam satu kenyataan disiarkan Berita Harian.
Beliau menjawab persoalan pelbagai pihak terhadap pendirian PAS, sama ada mahu memilih BN atau PH, khususnya dalam menghadapi pilihan raya umum yang bakal menjelang.
Sebelum ini PAS dilapor menutup pintu rundingan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) selepas parti itu secara rasmi menyertai Pakatan Harapan dan segala rundingan dan perbincangan yang diadakan sebelum itu dianggap terbatal.
Malah Ahli Parlimen Marang itu juga menyatakan bahawa PAS tidak sedikit pun terkeliru dalam menentukan sikap serta ketetapan mereka, sebaliknya pihak lain sahaja berdilema berkenaan PAS.
“Banyak kalangan yang bertanya sikap PAS di antara memilih bersama PH atau BN. Namun hanya pihak lain sahaja berdilema berkenaan PAS, menandakan PAS diminati semua,” katanya.
Dalam erti kata lainnya, pihak yang selama ini menjadikan PAS sebagai Musuh Utama mereka tu yang sebenarnya terasa tergugat dan berada dalam keadaan yang sangat terdesak seperti seorang suami yang masih tergila - gilakan Janda lama mereka!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.