Selasa, Mac 28, 2017

Heh! Mudah betul khifarah menimpa Si Azmin Ali ni rupanya. Tak sampai seminggu, dia pulak yang meroyan tak tenru arah bila ada yang memberi gelaran kepada Pakatan tu sebagai 'Biawak Hidup'.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, Si Azmin tu mendakwa kononnya perumpamaan yang diberikan oleh Presiden PAS terhadap gabungan Pakatan pembangkang tu tak sesuai digunakan.

Malah, kata Si Azmin, tindakan Hadi Awang yang memberikan gelaran 'Biawak Hidup' terhadap Pakatan itu hanya sekadar mencemarkan status dan nama baik dirinya sebagai seorang 'Ulama'.
"Tak usahlah melontarkan istilah sebegitu, tidak manis di khalayak ramai. Kita patut menzahirkan kata-kata lebih manis, lunak, saling menghormati.
"Kalaupun kita berhujah dengan musuh sekalipun, tidak ada keperluan menggunakan istilah-istilah yang tidak sihat," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Istiadat pembukaan persidangan penggal kelima, DUN ke-13, hari ini.
Huh! Pandai pulak dia nak mengajar orang lain supaya menjaga bahasa yang mereka gunakan ye tak? Kot kalau kena pada batang hidung dia, banyak pulak alasan yang dia berikan.

Kot sebelum ini, dia suka - suka hati je mengutuk kepimpinan PAS tu dengan menggelarkan mereka sebagai 'Tok Lebai' dalam status yang dimuat - naikkan didalam laman media sosial boleh pulak?

Beberapa hari dalam minggu lepas, Si Azmin tu tampil menyindir Ketua Pemuda PAS dengan gelaran "Tok Lebai" dan menyifatkan Si Nik Abduh tu sebagai seorang pemimpin tak sedar diri.

Kiranya bagi Si Azmin ni, kalau dia kutuk orang dan memberikan gelaran kepada orang lain boleh. Tapi kalau orang lain kutuk dia dengan gelaran yang bukan - bukan, cepat pulak dia meroyan tak tentu arah!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Blh jdi mb dulu pun sbb pas yg calonkan nama. Klu tidak mngkin azmin skrg jdi tukang angguk ph je.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping