Isnin, Mac 27, 2017

Timbalan Presiden PKR, hari ini menolak cadangan yang dikemukakan rakan barunya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang mahu menjadi parti utama dalam Pakatan Harapan.

Kata Azmin, walaupun dia memahami hasrat parti itu untuk menarik orang Melayu dan mewujudkan partinya sebagai alternatif kepada UMNO, tegas beliau, semua pihak dalam PH terikat dengan rangka kerja dan dasar gabungan itu.
"Kami menghormati pandangan dari semua parti komponen dan dalam kes PPBM, saya memahami hasrat mereka, kerana PPBM sedang meletakkan dirinya sebagai alternatif kepada Umno.
"Isu PPBM cuba untuk merampas perjuangan Pakatan Harapan tidak timbul," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen PKR Kedah/Perlis hari ini.
Dalam erti kata lainnya, PKR secara dasar menolak cadangan yang telah dinyatakan oleh Presiden PPBM itu dan turut menyifatkan bahawa parti itu dalam keadaan yang cukup terdesak.

Malah PKR juga memberikan gambaran bahawa PPBM sedang berada dalam keadaan tertekan sejak menjadi sebahagian dari Pakatan sehingga membuatkan parti itu mahu menjadi 'Abang Besar' dalam Pakatan.

Muhyiddin dalam satu ceramah di Padang Rengas malam tadi mencadangkan gabungan berteraskan Melayu di mana parti pimpinannya itu akan menjadi parti utama mendukung perjuangan tersebut.

Bagaimanapun beberapa pemimpin Pakatan secara terbuka berpendapat tidak perlu ada sebuah parti berteraskan Melayu untuk menjadi ketua dalam usaha mewujudkan keyakinan rakyat kerana setiap parti mempunyai peranan yang sama penting.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping