Isnin, Mac 27, 2017

Heh! Nampak gayanya sama seperti apa yang pernah berlaku kepada Si Nurul Izzah tu je. Walaupun PKR secara umumnya enggan memutuskan hubungan dengan PAS, tapi PAS pulak sebaliknya.

Kalau dalam kes perceraian yang melibatkan Si Nurul Izzah tu sebelum ini, dia yang beria - ia nak bercerai dengan suaminya sebelum ini sedangkan suami Ahli Parlimen Lembah Pantai tu tak nak.

Kira kesnya sama macam apa yang berlaku diantara PAS dan PKR di Pulau Pinang pada ketika ini. PAS nak sangat bercerai dengan PKR. Tapi PKR masih keberatan nak putuskan hubungan.

Dengar katanya, sejak kemelut yang melanda diantara dua parti itu, dah ada 10 Kawasan PAS yang membuat tuntutan dan mengutarakan usul agar hubungan kerjasama Politik mereka diputuskan.

Sejak dua kawasan di Pulau Pinang, Bayan Baru dan Permatang Pauh, yang dikuasai PAS sebelum ini bertindak mengutarakan usul bagi memutuskan hubungan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tempoh hari, lapan lagi PAS Kawasan yang bertindak senada dengan mereka.

Hari ini, dilaporkan beberapa kawasan lain yang melibatkan PAS Kawasan Nibong Tebal, Bukit Bendera, Balik Pulau, Jelutong, Kepala Batas, Tasek Gelugor, Bukit Mertajam dan Bukit Gelugor pula membuat usul yang sama.
"Usul ini akan dibawa ke Muktamar PAS Pusat untuk dibentang dan dibahaskan," tegas Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah.
Jelas Mohd Yusni, usul tersebut telah pun dibentangkan dalam satu mesyuarat agung PAS yang telah diadakan di kawasan masing-masing, malah difahamkan bahawa usul tersebut telah pun mendapat kelulusan daripada semua pihak.

Namun begitu, masih terdapat tiga kawasan yang belum mengadakan mesyuarat bagi membincangkan tentang perkara tersebut, juga turut diberitahu bahawa perkara tersebut akan dibawa ke dalam  mesyuarat agung mereka minggu depan.

Antara kawasan-kawasan yang masih belum memberi kata putus sebelum Muktamar PAS yang akan berlangsung bermula 29 April hingga 1 Mei di Kedah adalah Tanjung, Bagan dan Batu Kawan.

Dalam erti kata lainnya, seluruh kepimpinan PAS di Pulau Pinang memang berhajat nak putuskan hubungan mereka dengan PKR yang sebelum ini dianggap 'Main Tikam Belakang' tu.

Tinggal lagi, nak ke PAS Pusat membuat keputusan yang dipersetujui oleh PAS Kawasan tu? Adakah PAS Pusat ada keberanian untuk mengambil tindakan tersebut? ATAU, tuntutan dari PAS Kawasan tu hanya akan dibakul-sampahkan bila ianya sampai ke pucuk pimpinan!!!
Categories: , ,

2 ulasan:

  1. Apa yg susah sangat, exco pas di selangor letak le jawatan..

    Di PP tak ada kepentingan memang le nak putus tapi di selangor anytime mudah dapat hartatanah, takkan nak putus

    BalasPadam
  2. Alahai...pkr di selangor tak kan ke mana tanpa pas. Pru nanti belum tentu dpt kerusi macam dulu.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping