Isnin, Mac 27, 2017

Heh! Sejak jadi Menteri Besar ni, bukan main banyak lagi gelaran yang diterima oleh Si Azmin ni. Dulu, dia pernah digelarkan sebagai MB Sampah. Kemudian dia juga dikenali dengan gelaran MB Longkang.

Sekarang, Timbalan Presiden PKR tu mendapat jolokan baru apabila disindir kerana terlalu beremosi ketika rakan sekutu mereka di Selangor berdehem nak merampas Selangor dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Nampak gayanya, mudah sangat Si Menteri Besar Selangor tu melatah apabila pemimpin PAS mengeluarkan kenyataan sedemikian sehingga menyebabkan dia bertindak biadap terhadap parti yang pernah menaikkan dia dulu.

Jadi tak heran la bila Si Menteri Besar Selangor tu cuba menyindir Ketua Pemuda PAS dengan gelaran "Tok Lebai" menyebabkan ramai penyokong serta pemimpin PAS yang membidas kenyataan biadap yang telah dikeluarkan.

Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dalam satu kenyataan semalam meminta agar Si Menteri Besar Selangor supaya tidak emosional berhubung kenyataannya mahu merampas Selangor, baru-baru ini.

Nik Mohamad Abduh sebaliknya berkata, status yang dimuat naik di Facebook pada Isnin lalu yang berbaur sindiran itu bukan ditujukan kepada PKR, sebaliknya kepada Parti Amanah Negara (PAN) yang bercita-cita mahu menawan Kelantan.

Katanya, sekiranya Azmin menghormati hubungan PKR dengan PAS yang masih terjalin di Selangor pada ketika ini, dia perlu berani untuk menegur tindakan melampau yang dilakukan oleh pemimpin PAN terlebih dahulu.
“Saya sindir untuk tujukan kepada PAN kerana parti itu beriya-iya mahu menawan Kelantan. Sepatutnya sebelum Azmin respon kepada status saya, beliau sebaliknya nasihatkan PAN.
“Malah, jika dia tidak selesa dengan saya, Mohamed Azmin sepatutnya dari awal lagi tidak selesa dengan kenyataan PAN yang berulang kali mengeluarkan kenyataan mahu menawan Kelantan.
“Apa yang peliknya, apabila pakatan pembangkang menyerang PAS, PKR atau Timbalan Presiden PKR itu hanya mengambil langkah berdiam diri dan pada masa sama menghantar wakil untuk berceramah sepentas dengan PAN di Kelantan,” katanya.
Dalam erti kata lainnya, Si Menteri Besar Selangor tu bukan sahaja 'Songeh' apabila kenyataan yang ditujukan kepada Ketua Pemuda PAS tu jelas tersasar dari apa yang cuba disampaikan. Dia pulak yang rasa tergugat tak tentu arah.

Apa yang jelas, tindakan Si Menteri Besar Selangor tu yang hanya sekadar mendiamkan diri dari tampil membetulkan keadaan sekaligus membuktikan bahawa dia bukan sahaja Lupa Daratan. Bahkan Si Menteri Besar Selangor tu juga terlalu lemah untuk menjadi seorang pemimpin, malah seorang sahabat yang baik kepada PAS!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping