Terdesak akibat dipulau oleh partinya sendiri yang sudah tidak mengakui Ahli Parlimen Pokok Sena sebagai ahli parti, Si Mahfuz Bean tu bertindak menyerbu sidang DUN Kedah hari ini untuk mengembalikan namanya di persada politik.
Tindakan Mahfuz yang membawa sekumpulan penduduk Pokok Sena untuk menyampaikan memorandum kepada Menteri Besar dengan menyerbu masuk ke dalam dewan sebaik sahaja sidang DUN ditangguhkan amat kurang ajar dan biadap.
Walhal, Si Mahfuz Bean tu boleh sahaja menyerahkan memorandum berkenaan sama ada kepada pegawai Menteri Besar bagi pihaknya atau menunggu Menteri Besar Kedah di luar Dewan.
Sebaliknya, Si Mahfuz Bean harus bersikap intelektual (walaupun dia hanya setakat LULUS SRP) yang memungkinkan dia tidak dapat membezakan adab tatacara seorang Wakil Rakyat.
Menurut laporan yang disiarkan oleh sahabat blogger, Cucu Tok Selampit, memorandum berkenaan adalah berkaitan dengan arahan perpindahan yang melibatkan 15 keluarga dikeluarkan sejak Oktober tahun lepas.
"Arahan itu dikeluarkan ekoran projek perumahan yang akan dibangunkan di kawasan itu. Penduduk kawasan itu meminta agar Kerajaan Negeri campur tangan dalam isu itu memandangkn hampir 100 tahun menduduki tanah di atas tanah Lesen Pendudukan Sementara (LPS)," lapor blog berkenaan.
Katanya, penduduk mendakwa tidak menerima sebarang notis berpindah daripada Pejabat Tanah Daerah Kota Setar dan hanya menerima surat penukaran hak milik tanah daripada Permodalan Kedah Berhad (PKB) untuk membangunkan kawasan perumahan di kawasan itu.
Apa yang pasti, tindakan yang dilakukan oleh Si Mahfuz Bean itu bukan sahaja wajar dianggap sebagai satu tindakan yang Biadap. Tetapi dalam masa yang sama, Si Mahfuz Bean tu hanya memalukan dirinya sendiri sebagai seorang pemimpin dan juga wakil rakyat!!!
Jgn marah dia sbb dia hanya lulus srp. Bnyak lgi dia perlu belajar wlaupun dah tua.
BalasPadam