Isnin, April 10, 2017

"Media salah lapor". Kebiasaannya, itu alasan yang sering kali digunakan oleh puak Pakatan Haprak tu apabila mereka tak dapat melarikan diri dari sebarang kontroversi hangat.

Jika sebelum ini, Si Ahli Parlimen Pondan tu tampil menjadi tumpuan apabila dia membuat tuduhan liar terhadap kepemimpinan PAS yang didakwa menerima habuan daripada syarikat 1MDB.

Tuduhan itu dilakukan oleh Rafizi sejurus selepas Tan Sri Speaker Dewan Rakyat menangguhkan perbahasan Rang Undang - Undang berkaitan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Rang Undang - Undang yang juga dikenali sebagai RUU 355 itu telah dibentangkan buat sekian kalinya oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pada hari Khamis itu turut mendapat bantahan DAPigs.

Rafizi dalam kenyataannya berkata, dia mempunyai maklumat dan bukti yang kukuh mengaitkan seorang "Individu Yang Rapat dengan PAS" menerima habuan lumayan dari 1MDB.

Namun dakwaan dan tuduhan yang dibuat oleh Si Rafizi itu telah dinafikan oleh pemimpin PAS terutama Setiausaha Agung parti tersebut, Takiyuddin dalam satu kenyataan sebelum ini.

IRONIKnya, kenapa Si Rafizi tu hanya membuat dakwaan terhadap 'Individu Yang Rapat dengan PAS' dan bukannya pemimpin parti itu sendiri? Apa motif dia nak kaitkan Individu tersebut?

Seperti yang dipersoalkan sebelum ini, 'Individu' yang dikaitkan oleh Si Rafizi itu tidak masuk akal sekiranya dia cuba nak memburukkan PAS dan kaitkan parti itu dengan 'Rasuah' 1MDB.

Kata mereka, 'Individu' itu tidak ada kena mengena pun dengan PAS. Bahkan, dakwaan Si Rafizi itu tidak ada sebarang hubungan pun dengan isu berkaitan RUU 355 yang dibentangkan oleh Hadi Awang.

Rata - rata masyarakat memberikan pandangan, Si Rafizi tu hanya cuba menggunakan taktik untuk mengelakkan diri dari dikenakan tindakan undang - undang sekiranya dia 'Petik' nama pemimpin PAS.

Dengan membuat dakwaan terhadap 'Individu' itu, PAS tidak boleh mengambil tindakan dan memfailkan saman terhadap Rafizi serta membawa kes itu ke mahkamah. Dalam erti kata mudahnya, Si Rafizi tu membuktikan bahawa dia memang seorang pemimpin BACUL!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Kaki fitnah terkenal...tak payah layan sangatlah. Rakyat dah tahu.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping