Isnin, April 03, 2017

Bekas Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim tidak pernah berharap pengantinya, Mohamed Azmin Ali meminta maaf kepadanya setelah mahkamah memutuskan tidak ada salahguna kuasa dalam pemberian wang pampasan kepada tujuh pegawainya.

Katanya, walaupun Menteri Besar itu serta kartelnya sentiasa mencanangkan perkara berkenaan untuk memberi imej buruk terhadapnya tetapi mahkamah telah memutuskan sebaliknya dengan menolak saman Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) bagi tujuan mendapatkan semula wang pampasan berkenaan.
“Sejujurnya saya tidak terkejut apabila beliau (Mohamed Azmin) dengan gah memberitahu media, yang beliau tidak akan meminta maaf kepada saya berdasarkan sikap ditunjukkannya sejak menerajui kerajaan negeri.
“Namun, saya agak terkejut apabila beliau cuba menyentuh soal moral ketika menyatakan pendiriannya berhubung keputusan mahkamah.
“Saya berasa pelik dan hairan bagaimana beliau mahu menggunakan elemen moral setelah gagal membuktikan tuduhannya melalui proses mahkamah,” katanya dipetik dalam status yang dimuat naik menerusi akaun Facebooknya, hari ini.
Menurut Abdul Khalid, jika Mohamed Azmin mahu mengenakan nilai moral yang tinggi dalam isu pemberian pampasan bernilai RM2.7juta, beliau juga perlu mempunyai sikap sama dalam isu pembayaran kepada SPLASH.

Beliau bertanya, adakah ianya bermoral bagi seorang Menteri Besar yang bersungguh-sungguh mendapat kembali wang pampasan berkenaan, sedangkan pada masa sama bersungguh-sungguh pula untuk membuat bayaran sebanyak RM3 billion kepada SPLASH meskipun taksiran asal hanya RM250 juta.

Beliau yakin Azmin sedar dengan kegagalan berbuat demikian SPLASH telah menikmati keuntungan melebihi RM400 juta setahun sejak 2014 sehingga 2016 dan akan berterusan sehingga penyelesaian tercapai.

ADUN Pelabuhan Klang itu turut bertanya, adakah bermoral bagi menteri besar membiarkan pembayaran terlampau tinggi kepada SPLASH yang akhirnya hanya akan meningkatkan tanggungan hutang negeri sehingga RM3 billion dan kenaikan tarif air kepada rakyat Selangor.

Khalid juga turut bertanya, adakah bermoral bagi Menteri Besar itu membiarkan pembayaran terlampau tinggi kepada SPLASH yang akhirnya hanya akan meningkatkan tanggungan hutang negeri sehingga RM3 billion dan kenaikan tarif air kepada rakyat Selangor.
“Ketika saya amat pasti rakyat Selangor dapat memberi jawapan yang betul kepada persoalan ini, saya yakin Mohamed Azmin tidak berani berdepan dengannya,” katanya.
Kata Abdul Khalid, dalam isu moral dan pembayaran ke atas SPLASH sehingga meningkatkan beban negeri dan rakyat, beliau yakin pimpinan dari Pas dan mungkin UMNO boleh membincangkan dengan mendalam serta terperinci.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Dia ni, jadi MB pun atas ihsan PAS... Tak lama lagi dah tu!!! Syabas Khalid atas kemenangan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping