Nampak gayanya, makin hari makin meroyan la puak - puak PAN tu dengan Si Nik Abduh ni. Takut nanti, ada pulak yang sampai masuk ke Tanjung Rambutan bila baca kenyataan dia.
Dalam kenyataan hari ini, Ketua Pemuda PAS Pusat, Nik Abduh Nik Aziz mengingatkan ahli parti itu agar tidak terikut dengan rentak PAN yang menganggap UMNO 'musuh sampai akhirat'.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, ahli PAS perlu berfikiran jauh dan memahami bahawa usaha memperjuangkan Islam bukan hanya berkisar kepada politik di antara PAS dengan UMNO sahaja.
"Kalau ahli PAS fikir politik ini hanya di antara PAS dengan UMNO sahaja, maka kita akan jadi macam PAN (Amanah). PAN (Amanah) ini jika ada perubahan dalam Umno, ia akan jadi marah sebab PAN anggap Umno ini sebagai musuh sampai akhirat.
"PAS pun anggap UMNO ini sebagai musuh juga, tetapi musuh politik semasa. Selama mana UMNO anti-Islam, mereka musuh kita. Tetapi bila UMNO dekat pada agama, maka kita dekati mereka," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Perak di sini, semalam.
Dalam pada itu, Nik Abduh yang ditanya sama ada gesaannya itu boleh membawa kepada kerjasama antara dua parti terbesar mewakili orang Melayu itu, beliau menjelaskan, PAS hanya sedia bekerjasama dengan UMNO untuk perpaduan ummah dan agama, tidak dalam kerjasama politik.
"Dalam PRU-14, semua kerusi yang ditandingi PAS, iaitu antara 70 hingga 80 kerusi, semuanya ada calon Umno, jadi macam mana PAS nak bekerjasama," katanya.
Mengulas bersabit tahaluf siyasi antara PAS dengan PKR, menurut Nik Abduh, perkara itu peru melalui peringkat demi peringkat sebelum ia akan diputuskan secara muktamad.
"Jika ada usul daripada Pemuda kawasan dan negeri supaya kerjasama dengan parti pembangkang lain dikaji, perkara itu akan dibahaskan di peringkat Muktamar Dewan Pemuda PAS.
"Jika usul itu diterima di peringkat Pemuda, ia akan dibawa pula ke peringkat lebih tinggi untuk dibincangkan dalam Muktamar PAS Pusat pada 27 April ini," katanya.
Dalam erti kata lainnya, PAS Pusat takde masalah nak putuskan hubungan Politik dengan PKR. Tapi masih ada segelintir kecil pemimpin PAS yang lebih mengutamakan kedudukan dan jawatan dari nak menjaga kepentingan parti sendiri!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.