Isnin, April 03, 2017

Menteri Besar Pahang Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob hari ini berkata beliau tidak pernah terlibat dalam urusan tender di negeri ini, mahupun menjadi pengerusi Jawatankuasa Tender Negeri.

Adnan menambah amalan itu mula dipraktikkannya sejak beliau menjawat jawatan Menteri Besar pada tahun 1999 dan sehingga kini, tidak pernah berhasrat untuk mengubah ketetapan tersebut.
“Saya selalu sebut dalam mesyuarat kerajaan negeri dan jawatankuasa tender bahawa bila orang atau syarikat berkenaan sudah dapat tender, dah dapat kontrak kerajaan negeri… baharu MB (menteri besar) akan tandatangan.
“Orang ingat MB ini pengerusi jawatankuasa tender tapi sebenarnya tidak. Ada sesetengah negeri MB jadi pengerusinya tapi saya tak nak. Lebih senang dan tak pening… Kalau jadi (pengerusi) lebih ramai yang datang minta,” katanya.
Adnan berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Pertama Tadbir Urus Korporat dan Integriti anjuran bersama Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Yayasan Pahang (YP) di Kompleks Yayasan Pahang di sini, Isnin.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan, Naib Canselor UMP Profesor Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim, Pengurus Besar YP Datuk Mahmud Mohd Nawawi.

Adnan menjelaskan pengerusi Jawatankuasa Tender bagi kontrak melibatkan peruntukan kerajaan negeri ialah Pejabat Kewangan Negeri dan jika tender itu melebihi RM3 juta, maka tender tersebut akan melalui mesyuarat kerajaan negeri.
“Saya selalu ingatkan exco supaya memilih dengan adil dan saksama serta meletakkan sesuatu pada haknya dalam soal tender. Selalu ingatkan supaya jangan pilih kasih, jangan (amalkan) kroni dan kalau boleh bantu, kita bantu.
“Misalnya jika orang itu mengemukakan tender yang terbaik dan sangat layak, tapi kita tidak kenal, maka kena bagi tender. Kalau dia tak layak tapi kawan kita, makanya jangan beri,” katanya.
Adnan menambah setakat ini, beliau berpuas hati dengan urusan pemberian tender dan beliau berpendapat di Pahang, tiada kes-kes besar melibatkan pemberian tender yang tidak telus.

Pada majlis itu, Adnan turut merasmikan Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMSC) yang dibangunkan secara bersama oleh UMP dan YP yang bertujuan untuk mengukur, mengesan dan menghalang risiko rasuah dan salah laku.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping