Huh! Siapa sebenarnya yang mempermain - mainkan isu berkaitan dengan pembentangan usul Rang Undang - Undang berkaitan dengan bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah (RUU355) ni?
Hakikatnya, parti pembangkang yang diterajui oleh Si Mat Sabu tu yang sedang bermain wayang dengan usul tersebut dan menjadikannya sebagai bahan jajaan Politik murahan mereka.
Kot kalau betul Si Mat Sabu ni ikhlas nak memperjuangkan usul tersebut, sepatutnya awal - awal lagi dia dah keluarkan arahan dan menyatakan pendirian berkaitan isu tu secara terang - terangan.
Tapi, disebabkan usul tersebut ditolak oleh Barisan Nasional dan tidak akan dibentangkan oleh wakil Kerajaan, mula la Si Mat Sabu tu mengambil kesempatan serta berkokok tak tentu arah.
Antara lain, Si Mat Sabu tu kata pihak Kerajaan sengaja menjadikan usul yang sebelum ini dibentangkan oleh PAS itu sebagai bahan mainan UMNO dan Barisan Nasional semata - mata.
“Jika benar-benar kerajaan ikhlas dan yakin bahawa isu RUU355 sebagai keperluan penting perundangan dan isu substantif, pastinya kerajaan sendiri akan mengambil inisiatif memindanya.
“Namun begitu, RUU355 telah digunakan sebagai umpan untuk menarik Pas keluar dari muafakat Pakatan Rakyat hingga Parti itu berpecah selepas berlakuknya pembersihan golongan progresif dan pro-PR,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
IRONIKnya, wakil rakyat dari kalangan pemimpin parti yang dibawah pimpinan Si Mat Sabu tu sendiri tak menyokong usul yang telah dibentangkan oleh Presiden PAS selama hari ini.
Sebaliknya, pemimpin parti Si Mat Sabu tu dilihat hanya mengikut telunjuk DAPigs selaku 'Abang Besar' serta menjadikan kepimpinan PAS sebagai Musuh Utama mereka dalam Politik.
Malah, mereka menentang cadangan yang telah dibentangkan oleh Hadi Awang dengan dakwaan yang bukan - bukan. Maka persoalannya sekarang ni, siapa yang tak ikhlas? Siapa yang menjadikan usul tersebut sebagai bahan mainan kalau bukan parti Si Mat Sabu tu sendiri!!!
Mat sabu muka tak malu. Ada hati nak cakap pasal hukum Islam. Masa khalwat dgn bini orang dulu tak fikir pasal hukum pulak..
BalasPadam