Khamis, Mei 25, 2017

Ke-BODOH-an PKR Terserlah, Patut La Tun M Tak Angkat Plakad!!!
Hahaha!!! Memang lawak betul baca kenyataan yang dibuat oleh Si Din Pudu ni. Nampak sangat kenyataan yang dia buat tu menunjukkan ke-BODOH-an PKR sewaktu mengadakan Kongres baru - baru ini.

Kalau sebelum ini, sewaktu Kongres parti itu dirasmikan, para perwakilan serta kepimpinan utama PKR bersama - sama bersolidariti mengangkat Plakad yang tertera slogan "Anwar PM Ke-7".

Namun yang menjadi kontroversinya pada ketika itu ialah gelagat bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamed yang sibuk bermain dengan telefon bimbitnya mengambil gambar.

Ianya secara tidak lansung menimbulkan spekulasi dikalangan rakyat yang mendakwa bekas Perdana Menteri itu tidak menyokong pencalonan Si Ketua Penipu tu sebagai Perdana Menteri.

Tapi dari kenyataan yang dibuat oleh Si Din Pudu tu hari ini membuktikan yang PKR tu dah tersalah kira. Jadi, memang patut la Tun Mahathir tidak membodohkan diri dia mengangkat Plakad tu.

Menurut kenyataan yang dibuat oleh Si Din Pudu tu, Si Ketua Penipu tu tidak boleh menjadi Perdana Menteri ke-7. Sebaliknya suami kepada Presiden PKR tu hanya boleh menjadi Perdana Menteri ke-8.

Jelas Si Din Pudu, puak Pakatan Haprak tu perlu terlebih dahulu memilih seorang calon Perdana Menteri dikalangan mereka sementara menunggu Si Ketua Penipu tu keluar dari penjara.
“PM ketujuh akan bertanggung jawab membentuk kabinet baru, melakukan reformasi urustadbir negara dan berusaha untuk mendapatkan pengampunan Anwar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Maka kata Si Din Pudu tu, calon PM ketujuh boleh dilantik sama ada Pengerusi PPBM Tun Mahathir, Presiden PKR Wan Azizah, Presiden PPBM Muhyiddin Yassin atau Presiden PAN Mat Sabu.

Dalam erti kata mudahnya, kenyataan yang dibuat oleh Si Din Pudu itu bukan sahaja membuktikan bahawa PKR ni sebuah parti yang BODOH. Tetapi tindakan mereka itu juga cuba nak memperbodohkan rakyat secara terang - terangan!!!
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping