Selasa, Mei 30, 2017

Heh! Kesian tengok nasib Si Wan Azizah ni. Memang patut la senang sangat Si Azmin tu nak ambik kesempatan ke atas kelemahan diri dia yang GAGAL menjadi seorang pemimpin pada ketika ini.

Baru kena sergah sikit dengan Azmin, terus diam terkedu Si Wan Azizah tu dibuatnya. Memang kena sangat la kalau Presiden PKR tu diberi gelaran sebagai 'Tunggul Kayu' dalam Pakatan.

Pokok pangkalnya, dia hanya sekadar duduk di kerusi Presiden parti itu kerana semata - mata dia isteri kepada Si Ketua Penipu tu sahaja sedangkan yang mendominasi PKR tu orang lain.

Kalau sebelum ini, bukan main handal lagi Si Wan Azizah tu nak tunjuk kuat. Dikeluarkan arahan serta mereta mengesa supaya semua pemimpin PKR Kelantan meletakkan jawatan Politik.

Tapi malangnya sehingga ke hari ini, takde seorang pun pemimpin PKR tu yang menuruti arahan dari Si Wan Azizah tu dan melepaskan jawatan lantikan Politik mereka masing - masing.

Malah sudah seminggu lebih, masih tidak ada dikalangan pemimpin PKR itu yang tampil menyerahkan surat perletakkan jawatan mereka yang telah dilantik oleh Rejim PAS Kelantan.

Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Exco Rejim PAS Kelantan yang mendakwa pentadbiran Negeri itu masih belum menerima sebarang surat perletakkan jawatan dari mana - mana pihak.
"Belum lagi (terima surat peletakan jawatan), urusan berjalan seperti biasa," katanya kepada Antarapos, ketika ditanya mengenai perkembangan berhubung arahan peletakan jawatan wakil pimpinan PKR di negeri itu.
Secara tidak lansung, tindakan pemimpin PKR Kelantan itu membuktikan bahawa pemimpin parti itu lebih mementingkan soal nak menjaga kedudukan Peribadi diri mereka sendiri.

Namun persoalannya, jika PAS dituduh Gila Kuasa hanya kerana tiga orang Exco mewakili parti itu enggan melepaskan jawatan mereka di Selangor, apa bezanya dengan PKR ni? Itu membuktikan yang PKR ni lagi GILA KUASA kalau nak dibandingkan dengan PAS!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping