Heh! Heran kan? Kalau sebelum ini, diorang ambik tindakan keluar dari parti dengan alasan kononnya pemimpin atasan tidak boleh menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan betul.
Itu dakwaan yang mereka lemparkan setiap kali mereka diminta untuk menjustifikasikan tindakan yang dilakukan. Pasti alasan yang mereka berikan adalah kerana pucuk pimpinan parti.
Malah mereka juga yang sibuk mengkritik dan mempertikaikan pucuk pimpinan bekas parti mereka itu secara terbuka. Tapi IRONIKnya sekarang, parti diorang sendiri pulak tak boleh dikritik.
Sebaliknya, pemimpin yang mengkritik kelemahan dan kegagalan pucuk pimpinan dalam menangani masalah yang sedang melanda parti pulak yang didesak agar meletakkan jawatannya.
Kan nampak sangat betapa RETORIKnya pandangan mereka selama hari ini? Takkan la dek kerana pemimpin itu mempertikaikan tugas pucuk pimpinan pun nak didesak suruh letak jawatan?
ATAU, adakah pemimpin yang tampil mengkritik itu hanya dijadikan mangsa 'Kambing Hitam' untuk menyembunyikan kelemahan serta kegagalan pucuk pimpinan parti mereka sendiri?
Kalau dilihat dari satu sudut, memang itu yang sedang berlaku terhadap pemimpin PPBM ni. Dek kerana ada pihak nak sembunyikan kelemahan Presiden, orang lain pulak yang terpaksa jadi 'Punching Bag'.
Sejak kebelakangan ini, nama Kak Midah seringkali menimbulkan kontroversi sehingga dia dilabelkan sebagai 'Pengkhianat' hanya semata - mata kerana dia menegur kepimpinan Muhyiddin.
Rasanya sudah berulang kali Kak Midah tampil membuat gesaan agar Muhyiddin segera menyelesaikan kemelut kepimpinan dan kepercayaan yang sedang berlaku dalam PPBM pada ketika ini.
Namun malangnya, ada golongan "Bijak Pandai" dalam PPBM tu pulak yang menuduh kononnya Kak Midah menjadi 'Dalang' disebalik kemelut yang sedang hangat melanda parti itu.
“Saya tahu dia (Hamidah) punca keadaan ini. Saya akan berkata secara terus terang: Saya mahu Hamidah letak jawatan.
“Dia perlu berhenti jadi pengecut dengan menghantar askarnya ke depan dan mengorbankan orang yang baik bagi tujuan peribadi. Jika anda masuk parti untuk jawatan, sila berambus,” katanya kepada FMT.
Tambah malang lagi ialah apabila golongan "Bijak Pandai" itu juga turut membuat dakwaan kononnya Kak Midah 'Gila Kuasa' sehingga sanggup mewujudkan perpecahan dalaman parti.
Kesimpulannya, tuduhan dan dakwaan yang disebarkan oleh Si Bijak Pandai dari PPBM itu membuktikan bahawa kemelut kepimpinan dalaman parti itu memang wujud dan tidak perlu dinafikan.
Dan hakikatnya, Si Budak Hingusan tu sendiri pun tidak memainkan peranan untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi. Sebaliknya, dia hanya pandai ajak orang lain berdebat hanya semata - mata untuk mengampu dan menutup kemaluan pemimpin atasan dia je!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.