Sabtu, Jun 17, 2017

Wah!!! Nampak gayanya kemelut konflik dalaman yang sedang melanda kepimpinan PKR pada ketika ini semakin bertambah meruncing sehingga menyebabkan anasir sabotaj sesama sendiri.

Secara umum, rakyat mengetahui bahawa dalam PKR hari ini wujud dua kem yang berbeza dimana salah satunya menyokong kepimpinan Presiden, manakala satu lagi berada dalam Kem Azmin.

Jika sebelum ini, kuncu - kuncu Azmin bukan main bangga lagi menyebarkan berita mengenai pemberian bonus dua bulan dari pihak Rejim Pakatan Selangor kepada penjawat awam.

Namun malangnya, tidak semua pihak menerima berita itu dengan gembira. Sebaliknya, salah seorang pemimpin PKR sendiri menyatakan rasa kecewa terhadap apa yang menimpa dirinya.

Laporan terbaru yang diterima, salah seorang pemimpin PKR di Selangor terpaksa memberhentikan program kebajikan yang dilakukannya hasil tindakan dari Rejim pimpinan Azmin.

Katanya, kewujudan 'tindakan tertentu' dari pihak Rejim Pakatan Selangor yang telah menyebabkan penggantungan program kebajikan rakyat dikawasan Ahli Parlimen PKR tersebut.

Dua hari lalu, pemimpin PKR tersebut mengumumkan penggantungan sementara program kebajikan di kawasannya selepas menerima surat yang dihantar menerusi faks ke pejabatnya.

Surat itu diterima daripada pihak Rejim Pakatan Selangor. Dalam pada itu, pemimpin PKR itu memberitahu dia akan mendapatkan nasihat peguam dan juruaudit untuk tindakan selanjutnya.

Malah pemimpin PKR itu juga menzahirkan kebimbangannya terhadap dapatan audit ke atas peruntukan belanjawan tahunan untuk pejabatnya yang didakwa telah ditangani secara tidak telus, tidak adil dan tidak menyeluruh.

Pejabatnya didakwa GAGAL mematuhi garis panduan, maka dia mengambil keputusan untuk mendedahkan dapatan audit itu dan kegagalan perbendaharaan Selangor menjawab soalan yang diajukan.

Tidak mustahil jika ada yang berpendapat malang yang menimpa pemimpin PKR itu adalah satu bentuk tekanan yang diberikan oleh Rejim Pakatan pimpinan Timbalan Presiden parti itu sendiri.

Bagi mereka, kemungkinan besar pemimpin PKR itu bukan penyokong kem Azmin dan keadaan itu menyebabkan dia berada dalam kedudukan sukar untuk mendapatkan peruntukan. Perkara tu tak mustahil memandangkan pemimpin PKR ni semuanya GILA belaka!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Tu lah... rakyat Selangor nak PKR punya YB... biarlah.. demi perjuangan utk Tuan Besar Anwar Ibrahim... reformasi.. hidup Anwar... peruntukan tak bagi... rakyat sentiasa happy.. hahaha padan muka aku

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping