Jumaat, Jun 16, 2017

Suasana hiba menyelubungi perkarangan Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini malam tadi apabila keluarga dan rakan-rakan melihat Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandar memeluk erat adik Mikhail Adam Riaz – anak sulung juruterbang Tentera Udara DiRaja Malaysia TUDM, Allahyarham Mejar Mohd. Yazmi Datuk Mohamed Yusof yang terkorban dalam nahas pesawat pejuang Hawk 108 semalam.

Tengku Puan Pahang secara spontan memeluk kanak-kanak berusia 11 tahun itu sebaik dimaklumkan beliau adalah anak sulung kepada salah seorang juruterbang yang terkorban.

Sambil menenangkan Mikhail, beliau turut mengalirkan menangis tidak dapat menahan kesedihan bersama anak sulung kepada lima anak Allahyarham Mohd. Yazmi.

Turut hadir ialah Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Ahmad Shah. Turut bercemar duli berangkat mengziarahi jenazah dan keluarga mangsa ialah KDYMM Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah selaku Kolonel Yang DiPetua TUDM.

Tengku Abdulah juga merakamkan takziah kepada keluarga kedua-dua juruterbang terbabit dan menganggap mereka wira negara. Titah baginda, Allahyarham Mohd Yazmi dan Allahyarham Mohd Hasri adalah wira negara.
“Saya berdoa semoga roh kedua-dua wira negara ini ditempatkan bersama orang - orang beriman dan saya berharap keluarga mereka sabar serta tabah menghadapi ujian ini” titah baginda.

Dalam kejadian kira-kira jam 11:30 pagi semalam, dua juruterbang TUDM terkorban selepas pesawat HAWK 108 yang mereka terbangkan terhempas di kawasan paya di Kemaman, Terengganu, kira-kira 30 batu nautika dari Pangkalan Udara Kuantan.

Mayat mangsa dijumpai kira-kira jam 2:30 petang semalam, selepas kira-kira tiga jam pesawat yang mereka terbangkan untuk sesi latihan terputus hubungan dengan menara kawalan. Sehingga kini, bangkai pesawat HAWK 108 yang terhempas terbabit belum dijumpai.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping