Sabtu, Julai 08, 2017

Pendaftar Pertubuhan (RoS) hari ini membuat keputusan meminta agar DAPigs segera mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang baru parti itu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata pemilihan yang baru perlu dilakukan memandangkan pelantikan yang dibuat pada 29 September 2013 adalah tidak sah.

Beliau berkata mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang menyarankan agar tindakan yang diambil RoS perlu selari dnegan Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan DAP.
"Ingin ditegaskan di sini bahawa ROS menganggap DAP sebagai sebuah parti yang sah di sisi undang-undang dan setakat ini ROS tidak berniat sama sekali untuk membatalkan (pendaftaran) DAP.
"Pemilihan semula yang diadakan tersebut sepatutnya berdasarkan senarai nama perwakilan yang berhak hadir dan mengundi pada pemilihan CEC bertarikh 15 Disember 2012, iaitu melibatkan 2576 perwakilan dari 865 buah cawangan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohammad Razin juga turut bertegas menyatakan bahawa RoS hanya akan mengiktiraf senarai Jawatankuasa DAPigs jika parti itu melakukan pemilihan yang baru dalam masa terdekat.

Beliau dalam pada itu mengingatkan DAPigs pemilihan parti adalah penting kerana pelantikan bagi jawatan utama sesebuah parti memberi kesan kepada kesahihan urusan pertubuhan itu.

Bukan itu sahaja mereka yang memegang jawatan utama mempunyai hak dan kuasa untuk menandatangi watikah pelantikan calon yang mewakili partinya dalam pilihan raya, yang diiktiraf Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Justeru, ROS mengambil pendirian supaya DAP perlu mengadakan pemilihan semula CEC baru yang sah dan telus bagi membolehkan perwakilan memilih 20 orang anggota CEC diiktiraf.
"Hanya anggota CEC yang sah dan diiktiraf sahaja boleh melantik pemegang jawatan utama yang sah dan diiktiraf mengikut Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan DAP," katanya.
Pemilihan DAPigs pada 15 Disember 2012 dianggap terbatal selepas berlaku kesilapan teknikal. Parti itu kemudiannya mengadakan pemilihan semula pada 29 September 2013, namun ia mencetuskan kontroversi apabila perwakilan mendakwa berlaku kepincangan.

Mandat anggota CEC dan pemimpin yang lain berakhir sejak September tahun lalu namun perlembagaan parti itu membenarkan untuk pemilihan yang abru ditunda sehingga 18 bulan.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Baru2 ini saya pulang berhari raya dan mendapati pembohongan mahathir dengan mukkriz berleluasa diutara semenanjung Kedah terutamanya meminta simpati agar anaknya memenangi pilihanraya akan datang ramai yg terpengaruh saya syorkan wakil rakyat yang ada jgn duduk diam tolong pantau jgn harapkan perdana menteri sahaja untuk memulihkan keadaan,kamu semua wakil rakyat kena buat pemulihan disetiap kawasan masing2.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping