Sabtu, Julai 08, 2017

Nampak gayanya, Si Mahfuz Bean ni masih lagi cuba nak menjustifikasikan tindakannya yang enggan meninggalkan PAS walaupun dah banyak kali dia mengkhianati parti itu sendiri.

Mengakui yang dia masih sayang kepada PAS, tapi Si Mahfuz Bean ni tetap kecewa kerana partinya itu tidak mahu merebut peluang dengan membina kekuatan dengan Pakatan yang dianggotai oleh DAPigs dan PAN.

Dalam kenyataannya hari ini, Mahfuz mendakwa, PAS tidak boleh mendabik dada dengan mengatakan mereka lebih berpengalaman dalam politik lalu mengenepikan parti - parti lain.
"Jangan perlekehkan parti-parti dalam Pakatan Harapan, jika berlaku pertembungan tiga penjuru, saya yakin Pakatan Harapan boleh menang.
"Saya kecewa dalam keadaan Umno bergolak dan lemah sehingga sebahagian pemimpinnya menubuhkan parti baharu, Bersatu, kita pembangkang tidak boleh bersepakat, tidak boleh berbincang untuk mencari titk pertemuan.
"Kalau suatu ketika dulu kita boleh berkerjasama dengan Berjasa yang pernah menyebabkan Pas hilang kuasa, kenapa kita tidak boleh menerima parti-parti dalam Pakatan Harapan hari ini," katanya ketika berceramah dalam program Ceramah Perdana Pakatan Harapan di sini, malam tadi.
Malah kata Mahfuz, kenyataan beberapa pemimpin Pas akhir-akhir ini dilihat lebih membela UMNO termasuk dalam isu siasatan kes 1MDB menimbulkan keraguan ahli Pas sendiri.
"Saya minta ahli Pas desak pemimpin mereka untuk kembali bersama parti-parti pembangkang kerana mengambil alih kerajaan yang ada merupakan satu-satunya jalan penyelesaian.
"Umno-BN dah tak boleh diubati, dah tak boleh dibaiki, kita kena ambil alih kuasa jika benar mahu menyelamatkan negara dan membela nasib rakyat," katanya.
Mahfuz juga turut berkata, bagaimana Pas mahu mengambil alih kerajaan dengan hanya bertanding di 100 kerusi Parlimen sedangkan Pas perlu memenangi 112 kerusi Parlimen sebagai majoriti mudah untuk mengambil alih kerajaan.
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Mr Bean ni makan dedak PAN/DAP kot. Kenapa tidak PAS buang jer Mr Bean dari PAS..jelas dan senang untuk rakyat. Semak betul Mr Bean nie memburuk-buruk PAS.

    BalasPadam
  2. Kita suruh Mr Bean ni berucap atau berbicara dlm Bahasa Inggeris..... apa macam. Kalau dia nak jadi menteri kena belajar cakap Inggeris dari sekarang. Kah...... kah..... kah.

    BalasPadam
  3. Meroyan sakan Mahfuz sbb pru akan dtg entah kerusi mana nak brtanding.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping