Sabtu, Julai 08, 2017

Siapa kata saya sokong, kita bincang struktur parti." Demikian kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh bekas Perdana Menteri sewaktu ditanya mengenai spekulasi yang tersebar ketika ini.

Terdahulu, media antarabangsa dan juga tempatan riuh bercerita mengenai pendirian terbaru Tun Mahathir sebaik sahaja isu berkaitan pertemuannya dengan Nurul Izzah di London terdedah.


Namun, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi tampil menafikan bahawa dia menyokong Si Ketua Penipu tu sebagai calon Perdana Menteri sebagaimana dilaporkan oleh The Guardian.

Bekas Perdana Menteri itu sebaliknya menegaskan bahawa Si Ketua Penipu tu tidak boleh menjadi pemimpin negara kerana dia tidak boleh bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.
“Siapa kata saya sokong, kita bincang struktur parti. Beliau tidak boleh jadi Perdana Menteri sehingga pakatan pembangkang melantik seorang Perdana Menteri sementara sekiranya menang untuk membebaskannya, sehingga itu berlaku, beliau tidak boleh jadi Perdana Menteri.
“Perlu ada Perdana Menteri sementara, kalau tidak, beliau tidak boleh jadi Perdana Menteri sebab tidak boleh bertanding,” katanya.
Bekas Perdana Menteri itu berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan pelancaran buku bertajuk ‘A Driver’s Son’ oleh Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir di sini hari ini.

The Guardian dalam temu bual dengan Mahathir ketika lawatan beliau ke London baru-baru ini melaporkan Pengerusi PPBM itu menyatakan sokongan kepada Si Ketua Penipu tu sebagai Perdana Menteri sekiranya mendapat pengampunan diraja.

Nampak gayanya isu berkaitan dengan calon bagi jawatan Perdana Menteri dari kalangan Pakatan Haprak tu kini masih lagi menjadi tanda tanya dan turut menimbulkan pergeseran diantara mereka.

Sebelum ini, Pakatan telah menamakan Wan Azizah sebagai 'Pemanas Kerusi' sementara menunggu suaminya Si Ketua Penipu tu keluar dari penjara ekoran tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya.

Tetapi cadangan itu dikatakan telah ditolak oleh PPBM yang tetap enggan menerima Si Ketua Penipu tu sebagai calon Perdana Menteri sekiranya mereka berjaya merampas Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang!!!
Categories:

2 ulasan:

  1. Mana pergi totok? Senyap jee....tak kan diam tidak berkokok begitu sahaja.

    BalasPadam
  2. UMNO still kena tipu. It doesnt matter who will be next PM if PH won. The most important things is rakyat have to knows PH leaders is full with corruption and bullshit. UMNO leader shud play aggresive role

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping