Khamis, Julai 06, 2017

Dalam keadaan kemelut kepimpinan yang semakin kronik melanda PKR pada ketika ini, dengar khabarnya parti itu akan membuat rombakan secara besar - besaran dalam masa terdekat.


Kwong Wah Daily memetik sumber dalaman PKR sebagai berkata, Wan Azizah tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang merupakan kubu kuat parti itu sejak 1999.

Menurut akhbar berbahasa Cina itu, Presiden PKR itu akan berpindah ke kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan bagi menggantikan Hee Loy Sian yang merupakan penyandangnya ketika ini.
“Alasan untuk beliau berpindah ke kerusi itu kerana Dr Wan Azizah perlu sentiasa melawat suaminya yang masih menjalani hukuman penjara 5 tahun di Sungai Buloh,” kata sumber itu yanga merujuk kepada Anwar Ibrahim.
Menurut laporan itu, Hee akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang akan membuka laluan kepadanya untuk dilantik menjadi exco, sekiranya dia menang.

Walaubagaimana pun, sumber itu juga mendedahkan bahawa kerusi Permatang Pauh akan tetap ditandingi oleh ahli keluarga Si Ketua Penipu tu dimana nama Nurul Izzah menjadi sebutan.

Si Ketua Penipu tu pertama kali memenangi kerusi tersebut selepas menewaskan calon Barisan Nasional pada 1982 dan berjaya mempertahankannya sehingga sabitan kes rasuah pada tahun 1999.

Pada November tahun yang sama, isteri Si Ketua Penipu tu berjaya memenangi kerusi tersebut atas tiket PKR sementara Nurul Izzah menjadi ahli Parlimen Lembah Pantai sejak PRU ke 12 dan 13.

Namun, sekiranya dakwaan yang disiarkan oleh akhbar berbahasa Cina ini tidak benar seperti yang dilaporkan, adakah Si Nurul Izzah dan Wan Azizah akan mengambil tindakan terhadap mereka?

ATAU, adakah kedua - dua ahli keluarga Si Ketua Penipu itu hanya akan mendiamkan diri seperti 'Tunggul Kayu' dan membiarkan perkara tersebut menjadi spekulasi dikalangan rakyat?
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping