Selasa, Ogos 15, 2017

Ramai yang bertanya, apa pentingnya bertanya kepada Tun Mahathir mengenai tuduhan yang pernah dilemparkan terhadap Si Ketua Penipu tu? Apa signifikannya perkara tersebut diungkit?

Dalam jawapan yang diberikan oleh Tun Mahathir sebelum ini, bekas Perdana Menteri itu mendakwa Si Ketua Penipu tu sendiri pun tidak pernah bertanyakan soalan tersebut kepadanya.

Soalnya, itu bukan jawapan yang dicari oleh mereka yang bertanya. Ssebaliknya soalan yang diajukan kepada bekas Perdana Menteri itu merupakan satu soalan yang mudah untuk dijawab.

Soalannya, sebelum ini Tun Mahathir menuduh Si Ketua Penipu itu sebagai seorang pemimpin yang Gila Maksiat. Adakah tuduhan itu benar atau tidak? Itu sahaja soalan yang diajukan.

Dan jawapan kepada soalan itu cukup mudah. Bekas Perdana menteri itu hanya perlu menjawab YA atau TIDAK sahaja. Tapi kenapa pulak dia perlu pusing satu dunia untuk jawap soalan tersebut?

Malah, bekas Perdana Menteri itu juga sering kali mengulangi jawapan klise bagi menyelamatkan dirinya dari tuduhan yang pernah dilemparkan terhadap Si Ketua Penipu itu.

Acap kali Tun Mahathir mengulangi jawapan kepada pengikut - pengikut Pakatan agar tidak kembali membangkitkan tuduhan yang telah dibuat terhadap Si Ketua Penipu tu. Cerita lama, kata dia.

Sama ada ianya cerita lama atau tidak, sekarang ni orang nak tau pendirian Tun Mahathir. Adakah sebelum ini dia bercakap benar mengenai tuduhan yang dilemparkan terhadap Si Ketua Penipu tu?

Jika YA, bermakna Tun Mahathir benar - benar percaya yang Si Ketua Penipu tu seorang yang Gila Maksiat seperti mana yang ditulis didalam bukunya, Doctor In The House sebelum ini.

Jadi, bagaimana mungkin kita boleh mengangkat seorang pemimpin yang Gila Maksiat untuk memegang tampuk kepimpinan Negara sekiranya mereka berjaya merampas kuasa kelak?

Dan jika jawapannya TIDAK, bermakna Tun Mahathir telah berbohong secara terbuka berhubung tuduhan yang telah dibuat selama ini. Termasuk yang ditulis didalam bukunya itu.

Maka, bagaimana pula kita boleh menerima seorang pemimpin yang telah MENIPU rakyat secara terbuka dan menganiayai keluarga Si Ketua Penipu tu dengan membuat tuduhan sedemikian semata - mata untuk mengekalkan kuasanya sendiri. Itu justifikasinya!!!
Categories:

4 ulasan:

  1. Jika YA, bermakna Tun Mahathir benar - benar percaya yang Si Ketua Penipu tu seorang yang Gila Maksiat seperti mana yang ditulis didalam bukunya, Doctor In The House sebelum ini.

    Jadi, bagaimana mungkin kita boleh mengangkat seorang pemimpin yang Gila Maksiat untuk memegang tampuk kepimpinan Negara sekiranya mereka berjaya merampas kuasa kelak?

    Dan jika jawapannya TIDAK, bermakna Tun Mahathir telah berbohong secara terbuka berhubung tuduhan yang telah dibuat selama ini. Termasuk yang ditulis didalam bukunya itu.

    Maka, bagaimana pula kita boleh menerima seorang pemimpin yang telah MENIPU rakyat secara terbuka dan menganiayai keluarga Si Ketua Penipu tu dengan membuat tuduhan sedemikian semata - mata untuk mengekalkan kuasanya sendiri. Itu justifikasinya!!!
    (saya copy n paste balik entry saudara semut hitam)

    saya setuju dengan saudara berhubung justifikasi samada Tun Dr M bercakap benar atau pun beliau bercakap bohong sebab kesan yang akan diterima oleh para penyokong/ rakyat secara umumnya bakal memberi sesuatu yang signifikan sekiranya mengambil orang sebegitu sebagai pemimpin. Atau adakah memang Tun Dr M mahukan bekas TPM beliau tu menjadi pemimpin selepas ini supaya memudahkan beliau (Tun Dr M) untuk jadikan modal untuk menge'pau' PM 'pilihan beliau ' di ketika itu seupaya mengikut telunjuk beliau. Sebab kita semua tahu bagaimana sikap "kuku besi"nya Tun Dr M ketika dia menjadi PM selama 22 tahun dulu dan pastinya masih ramai yang terasa lagi akan kepedihan hasil tangan Tun Dr M
    bila menentang kemahuan semasa memegang tampuk pemerintahan dulu.
    Sebaliknya sekiranya semua yang di hebohkan oleh Tun Dr M terhadap bekas TPM beliau itu adalah suatu fitnah maka sepatutnya Tun Dr M perlu di dakwa atas tulisan yang berbaur fitnah dan menghina. Gunalah apa juga akta yang sesuai dan sewajarnya agar ianya akan menjadi pengajaran dimasa-masa akan datang takde lagi penulisan-penulisan dan dakwaan yang berunsur fitnah dan menghina dibuat sesuka hati oleh mana-mana pihak

    BalasPadam
  2. 13 may adalah peristiwa berdarah yang dicipta olih cina kiminis lim kit sial....13 ogos hari terakhir untuk parti bunga yang diilhamkan olih mathir anak lelaki kuttik...
    bang yuddin bolih lah fikirkan untuk buat party tupperware yang baru..

    BalasPadam
  3. Rakyat perlu sedar bahawa kepentingan individu yg disandarkan kpd utk kebaikan negara konon tidak membawa apa2 kebaikan kecuali membuka jalan kpd penyesalan.

    BalasPadam
  4. saya setuju dengan pandangan saudara....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping