Sabtu, Ogos 05, 2017

Dari dalam penjara Sungai Buloh, Si Ketua Penipu tu cuba memujuk pelbagai pihak yang memang pernah menjadi penyokong tegarnya supaya terus mengukuhkan perjuangan pembangkang.


Tumpuannya ialah supaya rakan-rakannya dari SUARAM, Otai Reformasi, PSM, dan yang lain - lain agar “mengendurkan sedikit tekanan” terhadap Tun Mahathir dalam barisan kepimpinan Pakatan. 

Secara dasarnya, penyokong Si Ketua Penipu tu khuatir akan berlaku penyimpangan dari landasan asal gagasan reformasi dan agenda perubahan yang telah mereka rencanakan selama hari ini.

Ada pandangan yang mencurigai muslihat sebenar yakni memadamkan keterlanjuran lalu termasuk penahanan tokoh politik dan aktivis rakyat, pelanggaran hukum dan rasuah yang dilakukan oleh Tun Mahathir.

Disebabkan penentangan itu yang membuatkan Si Ketua Penipu tu terpaksa mengeluarkan "Fatwa" agar ianya dituruti oleh segenap lapisan para pengikutnya yang taksub selama hari ini.

Matlamat siaran media itu ialah memperjelaskan halatuju dan keperluan gabungan seluruh unsur politik, sosial dan ekonomi dalam saf pembangkang demi menumbangkan kerajaan Umno-BN. 

Seperti lazimnya, Si Ketua Penipu tu cuba mengobarkan semangat dan menggilap sejarah perjuangan aktivis berkenaan untuk terus menyokongnya dan mengambil kesempatan menyerang pihak media arus perdana. 

Namun tidak banyak reaksi yang diberikan oleh pihak-pihak yang disasarkan. Yang jelas kepimpinanan Otai Reformasi tidak berganti selepas Saari Sungib memilih untuk ‘membebaskan’ diri dari perjuangan aktivis reformasi.

Malah, sambutan daripada entiti seperti SUARAM, PSM dan NGO lain juga agak terbenam seolah menandakan siaran media itu kurang menguja dan mengobarkan semangat reformasi. 

Kini Si Ketua Penipu tu seolah-olah menemui jalan buntu dan mahu Mahathir mengepalai pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan Umno-BN. Bagi Mahathir ini bak pucuk diidam ulam pun tiba. 

Besar kemungkinan jika Pakatan berjaya mengalahkan UMNO-BN dalam PRU14, Mahathir tidak teragak-agak “mensejuk-bekukan” kerjaya dan impian reformasi Si Ketua Penipu tu sekali lagi.

Menilai kebarangkalian ini, mungkin seruan yang dibuat oleh Si Ketua Penipu tu supaya kepemimpinan Mahathir dalam Pakatan Haprak dihargai, disokong dan dijayakan, tidak menerima sambutan yang hangat dikalangan pejuang Reformasinya sendiri!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Mana kawan2 yahudi sipeliwat hi... Agak2 semua dah cabut lari, dulu bukan main bangga berkawan dengan yahudi...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping