Isnin, Ogos 14, 2017

Tiada yang terasa pedih hati bila mendengar dan melihat Tun Mahathir menyatakan sokongan kepada pembangkang termasuk DAP dan Anwar kecuali mereka yang pernah membaca atau mendengar kenyataan Tun Mahathir.

Didalam buku Doctor In The House, Tun Mahathir menceritakan secara panjang lebar mengenai pengkhianatan Anwar terhadap dirinya termasuk isu berkaitan dengan kes liwat yang menjadi isu utama. Malah Tun juga mendakwa bahawa dia pernah berjumpa dengan 4 orang Pelacur yang dilanggani oleh Anwar.

Adakah semua dakwaan yang dibuat oleh Tun itu benar atau hanya pembohongan semata-mata sedangkan kenyataan itu boleh dianggap satu pengakuan secara terbuka dan bertulis!!!

Sekiranya tulisan Tun Mahathir itu benar, adakah dia rela untuk menerima seorang pelaku seks bebas seperti Anwar sebagai Perdana Menteri? Dan sekiranya ia tidak benar, bermakna Tun Mahathir adalah seorang Penipu!!!

Dan pernah juga diadakan satu sesi taklimat yang dianjurkan oleh Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya dimana taklimat itu diberikan oleh Tun Mahathir sendiri sebelum PRU yang lalu.

Yang hadir di majlis taklimat yang diadakan pada tahun 2012 itu terdiri dari kalangan pemimpin - pemimpin UMNO Bahagian 4 peringkat mengikut Negeri masing - masing.

Sewaktu taklimat itu berlansung, para petugas dilarang keras oleh pihak penganjur untuk membuat sebarang rakaman dan mengambil gambar walaupun untuk tujuan laporan Negeri. Malah, gambar yang diambil sewaktu didalam dewan pun telah diarahkan untuk dibuang.

Antara lain isi kandungan taklimat itu, Tun Mahathir mengingatkan kepimpinan UMNO mengenai ancaman DAP kepada Negara. Tun mendakwa, sekiranya DAP dapat memerintah, Singapura akan menyertai semula MalaysIa dan pusat pemerintahan akan berpindah ke sana.

Malah Tun juga mendakwa, seandainya Singapura kembali menjadi sebahagian dari Malaysia, pintu Negara akan dibuka kepada Israel dan Amerika untuk membuka pengkalan tentera mereka.

Namun hari ini, Tun Mahathir sendiri bersekongkol dengan DAP hanya semata-mata kerana nasihat serta pandangannya tidak diendahkan oleh Datuk Seri Najib dan menimbulkan rasa benci terhadap Perdana Menteri Malaysia itu.

Soalnya, bagaimana pula dengan tuduhan yang pernah dibuat oleh Tun Mahathir itu terhadap DAP sebelum ini? Adakah ianya benar atau juga merupakan satu pembohongan?

Jika dilihat dari satu sudut, sekiranya kenyataan Tun Mahathir itu merupakan satu pembohongan, maka secara tidak langsung, semua pemimpin UMNO yang hadir sewaktu sesi taklimat itu dah kena Kencing!!!

Pokok pangkalnya, kekecohan yang berlaku pada hari ini semasa program Nothing 2 Hide 2.0 anjuran parti Tun itu boleh dianggap sebagai khifarah terhadap perbuatan serta tindakannya sebelum ini.

Tun perlu ingat. Yang menyebabkan kerusi terbang melayang, yang baling kasut, yang lempar botol dan yang mencetuskan huru hara itu adalah dari kalangan penyokong PKR dan DAP yang pernah menjadi mangsa Tun Mahathir sendiri. Bukannya orang UMNO!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping