Heh! Tak heran la kenapa pemimpin PKR di Kelantan tu kemaruk dari nak melepaskan jawatan lantikan mereka sehingga mereka sanggup 'Menunggul-Kayukan' Si Wan Azizah tu.
Jika sebelum ini, kepimpinan PKR Kelantan didesak agar melepaskan jawatan lantikan mereka serta merta oleh Biro Politik parti selepas PAS memutuskan kerjasama Politik dengan mereka.
Namun sehingga ke hari ini, masih belum ada mana - mana pemimpin parti itu yang melepaskan jawatan lantikan mereka. Sebaliknya mereka hanya tampil memberikan alasan demi alasan.
Dan yang terbaru, Presiden parti itu sendiri memberikan gambaran kononnya pemimpin PKR Kelantan masih tidak melepaskan jawatan lantikan tersebut kerana mereka 'Gila Duit' belaka.
Perkara itu juga turut dijelaskan oleh Rejim PAS Kelantan apabila mendakwa setiap Penyelia DUN PKR yang dilantik layak untuk menerima peruntukan sebanyak RM 200 ribu seorang.
"MANA-mana Penyelia Dun daripada PKR yang menerima surat pelantikan daripada kerajaan negeri layak menerima peruntukan kesejahteraan rakyat berjumlah RM200,000 setahun.
Selain itu mereka juga menerima elaun bulanan untuk membolehkan berkhidmat kepada rakyat," jelas satu kenyataan yang disiarkan melalui laman portal Harakah Daily.
Kenyataan itu dikeluarkan bagi menjawab dakwaan Wan Azizah semalam yang mendakwa kononnya pemimpin PKR Kelantan itu masih menunggu 'Hutang' yang belum dijelaskan oleh Rejim PAS negeri.
Secara tidak lansung, kenyataan PAS membuktikan bahawa bukan Integiri ataupun Maruah parti yang menjadi penyebab kenapa pemimpin PKR Kelantan tu enggan melepaskan jawatan mereka.
Sebaliknya, mereka lebih mendahagakan dana peruntukan sebanyak RM 200 ribu itu daripada mahu menjaga imej serta maruah parti. Maka tak salah jika kita kata bahawa demi jawatan dan habuan, mereka sanggup memalukan Wan Azizah secara terang - terangan!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.