Sabtu, Ogos 12, 2017

Berdasarkan gerak kerja dan kekuatan jentera PAS di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Salor, parti itu yakin mampu mengambil semula kerusi Salor yang dilarikan wakil rakyatnya.

Lebih - lebih lagi, kata mereka, berdasarkan kepada culaan dan info dari jentera Pilihan Raya DUN, ahli dan penyokong Parti Amanah Negara (PAN) itu di Salor hanya sekitar 500 orang sahaja.

Sedangkan majoriti yang dimenangi PAS di DUN Salor pada Pilihan Raya Umum yang lepas ialah sebanyak 3,683 undi mengatasi Datuk Mohd Noordin Awang yang mewakili Barisan Nasional.

Penyelia PAS DUN Salor, Ibrahim Isa berkata berpandukan kepada perkembangan itu, PAS DUN Salor yakin mampu mengembalikan maruah pengundi pada pilihan raya umum akan datang.
“Kekuatan dan kesepaduan PAS di sini sekarang sudah jauh berubah berbanding ketika peringkat awal perpecahan PAS dua tahun lepas. Tugas kita berdepan dengan Umno dan BN biarpun PAN boleh mengurangkan undi kita,” katanya di Kota Bharu.
Tambahnya lagi, walau pun pada ketika ini PAN dilihat kuat kerana memiliki sebuah bangunan, namun penyokong PAS mulai mempertikai hasil titik peluh diseleweng kepada parti lain.

Sebagai rekod, pada ketika ini Husam Musa masih lagi merupakan ADUN Salor biarpun bekas Exco Rejim PAS Kelantan itu telah meninggalkan parti tersebut untuk menyertai PAN.

Sebelum itu, Husam kerap kali tampil dengan kenyataan yang mengecam kepimpinan PAS Pusat serta mengkritik Rejim parti itu di Kelantan secara terbuka diatas pentas ceramah PAN.

Malah ramai yang berpendapat, bekas Exco Rejim PAS Kelantan itu bertindak sedemikian kerana kecewa tidak dapat menjadi Menteri Besar dan hilang jawatan sewaktu pemilihan parti itu sebelum ini.
Categories: , ,

4 ulasan:

  1. PAS JANGAN LAGI KELUARKAN KENYATAAN UMNO SEBAGAI MUSUH UTAMA BERGANDING BAHULAH UNTUK MENJADIKAN PARTI DAP,PAN,PBBM,PKR DAN APA SAJA PAKATAN HARAPAN SEBAGAI MUSUH UTAMA SEKARANG INI KERANA MEREKALAH PARTI YANG MEMECAHKAN BELAHKAN UMAT ISLAM DIMALAYSIA,TERUTAMANYA MAHATHIR.

    BalasPadam
  2. dulu2 sering terdengar golongan profesional dlm PAS ini lbh warak dr golongan agama.. ttp skrg dah terbukti sebaliknya..

    BalasPadam
  3. Wakil rakyat lompat tu belum tentu menang klu brtanding pru akn datang.

    BalasPadam
  4. Spesis layak dijadikn budu jr mamat slenger ni...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping