Jumaat, September 22, 2017

Terbaik!!! Masih ada hati lagi dia nak jadi Presiden dengan menubuhkan semula parti baru selepas dia bertindak keluar dari PKR sebelum ini? Memang dasar tak sedar diri sungguh rupanya.

Memang patu sangat la UMNO buang dia dulu. Masa dia dalam UMNO pun, dia sibuk jadi Agen PKR. Lepas tu bila dia masuk PKR, dia didakwa Gila Kuasa selepas diangkat menjadi Pengerusi Negeri.

Tapi rupanya, dia ada sebab kenapa dia keluar dari PKR dan menubuhkan parti baru biarpun sebelum ini dia bagi alasan kononnya sebab dia nak perjuangkan nasib rakyat di Sabah.

Dari apa yang dilaporkan semalam, Lajim Ukin secara automatik digugurkan sebagai Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan) dan semua jawatan dalam parti selepas diisytihar muflis.

Keputusan itu diputuskan oleh pihak Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 14 September yang lalu, ekoran kegagalannya membayar hutang kenderaan sebanyak RM185,000 dengan CIMB Bank.

Kedudukan dia sebagai ADUN Klias bagaimanapun masih belum ditentukan kerana masih menunggu keputusan rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah,.

Ketika bercakap kepada pemberita, Lajim mendakwa dia telah membayar ke semua hutang tersebut semalam dan telah menerima surat pembatalan muflis daripada Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini, namun mengikut Perlembagaan parti, dia tidak lagi memegang sebarang jawatan politik.

Sehubungan itu katanya, Mesyuarat Majlis Tertinggi Harapan petang ini memutuskan Timbalan Presiden 1 parti sebagai pemangku Presiden sehingga mesyuarat agung parti pada 26 Oktober depan.
“Saya menyatakan bahawa perkara ini tidak seharusnya berlaku. Ini timbul disebabkan hutang kereta dengan CIMB Bank di mana suatu ketika dulu saya telah menjualnya kepada seorang rakan saya.
“Mengikut Seksyen 9A Akta Pertubuhan 1966, seseorang yang diisytiharkan muflis akan secara sendirinya berhenti memegang sebarang jawatan dalam persatuan dan parti politik,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat itu.
Walaubagaimana pun, Lajim Ukin perlu menerima keputusan tersebut sebagai khifarah diatas tindakan yang dilakukannya sendiri. Jangan lepas ni dia nak salahkan Kerajaan Barisan Nasional pulak sudah la sedangkan dia sendiri yang GAGAL bayar hutang bank!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping