Jumaat, September 22, 2017

Walaupun diatas pentas Politik, Si Nurul Izzah tu mampu mempamerkan wajah HIPOKRITnya duduk dan berdiri bersama - sama Tun Mahathir, tapi realitinya jauh berbeza.

Mana mungkin anak kepada Si Ketua Penipu itu dapat melupakan sejarah hitam bapanya yang telah dipecat dari jawatan kerana dituduh melakukan salah laku seksual songsang secara terbuka.

Hakikatnya, semua orang sedar bahawa kebangkitan perjuangan Reformasi tahun 1998 itu adalah hasil daripada retaliasi PKR terhadap pentadbiran Tun Mahathir selaku Perdana Menteri.

Tapi dek kerana nak menjaga kepentingan Politik dan meraih sokongan untuk mengekalkan kedudukan dirinya sendiri, maka terpaksa la Si Nurul Izzah tu berlakon didepan khalayak ramai.

Namun, disebalik lakonan yang dipamerkan itu, Si Nurul Izzah tidak melupakan agenda Reformasi yang diasaskan sempena memperjuangkan kepentingan Peribadi Si Ketua Penipu tu.

Atas dasar itulah Si Nurul Izzah itu mengeluarkan kenyataan memperingati 'Kekejaman' yang terpaksa ditempoh selama 19 tahun sejak bapanya dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.
“Peristiwa tragis yang meninggalkan kesan dalam kehidupan kami dan ramai lagi pada 20 September 1998 itu, memberi banyak justifikasi terhadap keperluan untuk mengkaji penyalahgunaan kuasa berlebihan eksekutif dan memastikan kedaulatan undang-undang diutamakan.
“Kesedaran ini mencetuskan kewujudan reformasi yang akhirnya mendapat sambutan dan makna yang dilihat melalui dasar dan ikrar dibuat Pakatan Harapan, termasuk pemain politik yang sebelum ini menafikan keperluan untuk pembaharuan politik di negara ini.
“Ia termasuk mereka yang sebelum ini mengecam keperluan mengkaji kuasa perdana menteri, memastikan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan peguam negara bebas, kebebasan media dan liputan media secara adil serta sebuah kerajaan yang berusaha menyatukan rakyatnya,” katanya.
Walaupun kenyataan itu tidak ditujukan kepada Tun Mahathir yang kini merupakan Pengerusi Pakatan dan juga rakan kongsi PKR, tapi hakikatnya Si Nurul Izzah tu cuma nak mengingatkan semua pihak.

Tinggal lagi, kali ini Si Nurul Izzah tu menggunakan alasan nak 'Selamatkan Malaysia' melalui perjuangan Reformasi partinya agar dapat mengelirukan rakyat secara terang - terangan.

Sedangkan hakikatnya, dalam Pakatan Haprak tu sendiri pun masih belum wujud kesedaran bahawa setiap parti yang bergabung mempunyai agenda mereka yang tersendiri. Maka sebab itu sehingga ke hari ini, puak Pakatan Haprak tu masih dianggap sebagai Sampah!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Tak boleh pakai belaka ni. Cakap sekali putih sekali hitam. Rakyat dah bosan.

    BalasPadam
  2. mana mgkin sejarah yg lama dilupakan

    BalasPadam
  3. mana mgkin sejarah yg lama dilupakan

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping