Jumaat, September 22, 2017

Hujan lebat sejak pukul 3 pagi semalam menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Pulau Pinang sekali lagi mengalami banjir kilat, pokok tumbang dan tanah runtuh, selepas lima hari negeri itu dilanda banjir teruk Jumaat lepas.

Banjir kilat hari ini menyebabkan lebih 50 kawasan dinaiki air, kebanyakannya di sebelah Seberang Perai antaranya Jalan Bukit Tengah; Taman Mutiara; Jalan Tembikai; Bukit Mertajam; Taman Usaha; Lorong Usahajaya; Taman Senangin; Taman Nibong Tebal; Jalan Bukit Teh; Kampung Baru Sungai Bakap; Kampung Sethu; Lorong Janggus; dan Taman Sukun.

Kawasan yang terjejas di bahagian pulau pula ialah Balik Pulau; Gertak Sanggul; Teluk Kumbar; Sungai Batu; Bayan Baru; Paya Terubong; Air Itam; dan Bayan Lepas.

Banjir kilat mengakibatkan kawasan terlibat dinaiki air sedalam 0.7m hingga 1.6m dan lebih 100 buah rumah turut dinaiki air.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pulau Pinang Pang Ah Lek berkata seramai 108 mangsa membabitkan 34 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Banjir di Dewan Masyarakat Teluk Kumbar setelah rumah mereka dinaiki air.
“Pihak APM sedang memantau kawasan banjir kilat bagi memastikan tiada mangsa terperangkap dan dapat dipindahkan segera jika rumah mereka dinaiki air. Jabatan Meteorologi meramalkan hujan berterusan dan air laut akan pasang besar yang kemuncaknya pada pukul 12 tengah hari.
“Setakat ini keadaan banjir terkawal dan kami akan terus memantau,” katanya dipetik agensi portal berita.
Sementara itu, wakil Rejim DAPigs Pulau Pinang mendakwa tahap air di Sungai Pinang kini melebihi paras bahaya dengan bacaan melebihi 2.9m berikutan hujan lebat sejak awal pagi semalam.

IRONIKnya, baru sekarang Rejim DAPigs Pulau Pinang ni nak mengakui bahawa banjir tu berlaku disebabkan paras air sungai naik secara mendadak akibat hujan lebat yang turun.

Kalau tidak, sebelum ini, pandai pulak Si Ketua Menteri Pulau Pinang tu buat kenyataan memperlekehkan orang lain kerana didakwa GAGAL menangani masalah banjir dikawasan mereka.

Masa tu, bukan main lagi Si Guan Eng tu mendakwa banjir tu berlaku akibat ketidak-cekapan dan kegagalan pihak pentadbiran dalam menangani masalah tersebut. Sekarang, bila dah kena batang hidung dia sendiri, baru dia tau langit tu tinggi atau rendah!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Dulu dap tempelak kelantan tak pandai perintah sbb banjir besar. Skrg Allah tempelak mereka dgn banjir besar juga. Pengajaran buat org yg bercakap besar dn lupa kpd kuasa Allah swt.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping