Khamis, September 21, 2017

Seperti mana yang telah dijelaskan untuk sekian kalinya, ramai lagi dikalangan pemimpin PKR yang tidak dapat menerima kehadiran bekas Perdana Menteri itu bersama - sama dengan Pakatan.

Jika sebelum ini, kita dapat lihat dengan jelas penolakan dan retaliasi ahli - ahli PKR terhadap Tun Mahathir yang masih dianggap bertanggungjawab terhadap nasib Si Ketua Penipu tu.

Dan dah berapa banyak kali pemimpin serta ahli PKR tu menyuarakan ketidak-puasan hati mereka terhadap perkara tersebut. Tetapi ianya seolah - olah tidak dipedulikan oleh pucuk pimpinan.

Kali ini pun tidak ada bezanya bila salah seorang Ketua Cabang PKR itu sendiri mengumumkan dirinya keluar dari parti dengan alasan tidak puas hati terhadap kehadiran Tun Mahathir.
“Saya keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mulai hari ini (20 September 2017), kerana hilang kepercayaan terhadap pimpinan parti yang melantik bekas presiden UMNO Tun Mahathir untuk jawatan Pengerusi Pakatan Harapan.
“Dan tidak memberi keutamaan kepada kaum India (Tamil) dalam jawatankuasa Pakatan Harapan,” katanya yang dipetik melalui laman sosial Facebook miliknya semalam.
Ketua Cabang PKR Puchong itu mengumumkan keluar parti secara rasmi ekoran hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Presiden parti, Wan Azizah serta kaum keluarga Si Ketua Penipu tu.

Secara tidak lansung, tindakan pemimpin PKR itu membuktikan sifat HIPOKRIT parti yang selama ini ditubuhkan hanya semata - mata kerana nak menentang pentadbiran Tun Mahathir.

Malah ianya juga menunjukkan bahawa PKR bukan sahaja tidak memperjuangkan kepentingan orang Melayu seperti yang dinyatakan oleh Tan Sri Muhammad Mohd Taib sebelum ini. 

Tapi nasib orang India pun turut dipinggirkan oleh parti yang KONONnya memperjuangkan semua kaum di Malaysia sedangkan hakikatnya, perjuangan mereka hanya untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi individu tertentu dalam parti itu sahaja!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping