Khamis, Oktober 19, 2017

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya tampil mempersoal tindakan Lim Guan Eng menyamakan Malaysia dengan Taliban dalam isu pesta arak yang diadakan di Pulau Pinang.

Katanya kenyataan yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebelum ini dianggap seolah - olah satu cubaan Guan Eng dalam menimbulkan kebencian masyarakat terhadap Islam.

Tambahnya lagi, Ketua Menteri Pulau Pinang itu perlu sedar larangan pesta arak secara terbuka bukan dibenci Islam sahaja, malah agama lain turut bersetuju dengan perlakuan seperti itu.
“Apakah menghalang pesta arak bermakna Malaysia seperti Taliban? Kenapa Guan Eng cuba bandingkan dan kaitkan dengan Taliban? Apa maksud beliau? Cuba mengugut atau menakutkan rakyat dan cuba menimbulkan kebencian kepada orang Islam di Malaysia atau samakan pemimpin negara yang menghalang pesta arak ini sebagai Taliban?
“Terlalu kemaruk sangatkah jiwa Guan Eng untuk menzahirkan kepada dunia bahawa Malaysia negara sekular dan bukan sebuah negara Islam?” Soalnya kepada BNBBC.my portal pada Selasa.
Acara Oktoberfest ke-45 yang dianjurkan Persatuan Jerman Malaysia di Pulau Pinang kelmarin berlangsung tanpa sebarang halangan membuatkan Guan Eng bongkak menyatakan Pulau Pinang “bukan negara Taliban”.

Mengimbas kembali prinsip Guan Eng yang sering menyebut Amar Ma’ruf Nahi Mungkar pada suatu ketika dahulu, kini ia langsung tidak bertepatan dengan apa yang dilaungkan sebelum ini.

Ianya sekaligus membuktikan bahawa Si Guan Eng itu tidak layak untuk menjadi pemimpin bahkan menjawat jawatan Ketua Menteri kerana tidak menghormati sensitiviti budaya bangsa lain.
“Sewaktu Guan Eng di buai dengan jolokan Khalifah Umar Abdul Aziz (jolokan yang di anugerah oleh Mat Sabu), beliau acapkali melaungkan slogan amar makruf nahi mungkar sebagai prinsip dalam setiap ucapan beliau yang mendokong kerajaan CAT nya.. tapi semuanya itu terbukti sebagai cakap burung kakak tua sahaja.. sebut apa orang suruh tapi tak faham satu apa pun dan lakonan beliau semata-mata.
“Guan Eng tidak selayaknya jadi pemimpin di sebuah negeri berbilang bangsa dan agama kerana tidak dapat menjiwai kontrak sosial dan menyelami roh kehidupan di Malaysia yang hidup secara berbilang bangsa agama dan budaya.
“Umum mengetahui rakyat secara majoriti tidak bersetuju dan membantah jika arak diminum di jalanan secara pesta terbuka. Kenapa Guan Eng masih tidak faham mesej daripada majoriti rakyat?”, soal Shabudin lagi.
Acara yang sama sebelum ini diharamkan di Selangor apabila polis menegaskan risiko keselamatan, sementara parti pembangkang seperti PAS dan Pemuda PPBM membuat petisyen kepada kerajaan negeri untuk meneruskan larangan tersebut.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Pengundi melayu Islam wajib tolak apek ni dlm pru akn datang.

    BalasPadam
  2. ust mat sabu tak kata apa pun mengenai isu ini...senyap tanda setuju...senyap sbb mulut penuh dedak...puikkk

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping