Jumaat, Oktober 20, 2017

Pergolakan diantara Husam Musa dan Rejim PAS Kelantan berhubung bangunan Wisma Tok Guru di Jalan Pendek Salor di sini mencapai episod baru apabila Naib Presiden PAN itu dihalau keluar.

Kes itu kembali hangat diperkatakan apabila bangunan tersebut dikatakan telah dijual oleh isteri kepada pemilik bangunan itu, Allahyarham Datuk Ahmad Rosli Ibrahim kepada seorang ahli Pas.

Justeru, Husam mula membuat dakwaan kononnya usaha pihak tertentu mengambil alih dan mendesak dia mengosongkan bangunan itu sebagai dendam dan mempunyai unsur konspirasi.

Walaupun mengesahkan belum menerima notis pengosongan sebagaimana yang digembar-gemburkan, Husam menegaskan tidak akan meninggalkan bangunan itu dan bersedia membawa kes itu mahkamah.

Bahkan Husam mendakwa, pemilik asal tanah berkenaan, Ahmad Rosli telah mengeluarkan surat pada Ogos 2016 yang membenarkan dia menggunakan bangunan dan tanah itu selamanya.
“Saya akan failkan kepada mahkamah, tanah itu adalah tanah bersama milik saya dan datin (isteri arwah). Jadi sebelum dia halau, kita bincang dulu, selagi itu Amanah akan gunakan kawasan itu.
“Saya akan  pesan pada anak-anak buah, guna bangunan itu selagi boleh, kecuali mahkamah yang perintah. Kalau tanya saya, notis itu, secara rasminya saya tidak terima lagi,” katanya.
Husam sebelum ini diminta mengulas mengenai status pemilikan bangunan Wisma Tok Guru di Salor itu selepas PAN dikatakan menerima notis supaya mengosongkan bangunan tersebut.

Sebelum ini, Exco PAS Kelantan, menegaskan bangunan itu kembali menjadi hak milik PAS selepas Adun Salor itu keluar parti dan menyertai PAN pada Ogos 2016 kerana kecewa dengan pendirian parti yang enggan kembali bergabung dengan Pakatan.
Categories: , ,

2 ulasan:

  1. Buat lawak bodoh. Itu pun dah kira baik dah. Siap bagi notis. Nasib baik tak buang harta benda suruh berambus. Mau ingatlah apa puak pembangkang buat di P.Pinang. Siap guna jentolak halau penduduk setinggan di kampung Melayu yang di duduki puluhan tahun. Kerana apa, kerana tanah dah dibeli taukeh Cina.

    BalasPadam
  2. Husam tak payah kelentong sana sini. Makin ramai dah tau perangai sebenar kamu.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping